Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

6 Tahun Kahwin, Setahun Renovation, Aeril & Wawa Akhirnya Masuk Rumah Baharu

Amri Hassan
05/11/2018 09:54 MYT
Selepas enam tahun mendirikan rumah tangga, pasangan bahagia Aeril Zafrel dan Wawa Zainal akhirnya berjaya memiliki rumah pertama mereka.

Berkongsi momen mengujakan itu, Wawa turut berterima kasih kepada Aeril atas usaha dan kerja keras bersama untuk memiliki mahligai idaman itu.

"Selepas enam tahun kahwin dan setahun pengubahsuaian, kami akhirnya masuk ke rumah pertama kami. Susah senang bersama," kongsi Wawa menerusi sepotong video di Instagram.

Aeril juga sempat berseloroh dengan isterinya, selain membahagiakan mereka sekeluarga kediaman itu juga dianggap rahsia untuk isterinya ada bersamanya.

"Tips nak bagi perempuan duduk kat rumah, kita hiaskan rumah cantik-cantik. Betul ke?" tulis Aeril sambil berkongsi dekorasi dalaman kediaman tiga tingkat itu.

Perkongsian Wawa dan Aeril itu mendapat pujian daripada netizen yang menyifatkan kediaman mewah itu ganjaran atas titik peluh mereka bersama.

Kediaman Aeril dan Wawa diubah suai oleh pereka hiasan dalaman popular, Lentera Creative Home.

Apakata, kita lihat sendiri rumah baharu milik pasangan Aeril dan Wawa ini.

tips nak bg perempuan duduk kat rumah.. kita hiaskan rumah cantik2 . betul ke?? . terima kasih @lenteracreativehome buatkan rumah cantik...???

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel) on

tq @lenteracreativehome deco rumah saya. cantik sgt2?tq jugak syg @aeril_zafrel sbb buat semua ni utk saya

A post shared by Wawa Zainal (@w4w4_zainal) on

In progress...team lentera sedang betungkus lumus menyiapkan deco rumah @aeril_zafrel dan juga @w4w4_zainal sebelum suprisekan mereka nanti...kami memang buat dengan sepenuh hati supaya hasilnya akan menjadi lebih wowww... So tunggu smpi complete yer... Ini adalah deco bahagian ruang tamu dan juga bahagian ruang makan... #idbylentera #lenteracreativehome #livinghall #diningarea #homedecor #furniture #curtains #wallpapers #wainscoting #carpets #tablelamp #chandelier #fireplace #decovase #artpainting #flowers #decoration

A post shared by Curtain?Blinds ? Wallpaper (@lenteracreativehome) on

Alhamdulillah siap deco...ramai yang tak sabar dari tadi yer...?? Ok saya kongsikan dahulu ruang living utama mahligai indah @aeril_zafrel dan isteri tercinta @w4w4_zainal ....letoppp ke tak...????? Ini adalah deco rumah baru beliau yang berkonsepkan modern english...menarik kann... #modernenglish #idbylentera #lenteracreativehome #livinghall #diningarea #homedecor #furniture #curtains #wallpapers #wainscoting #carpets #tablelamp #chandelier #fireplace #decovase #artpainting #flowers #decoration

A post shared by Curtain?Blinds ? Wallpaper (@lenteracreativehome) on

#Aeril Zafrel #Wawa Zainal #Rumah