Hiburan
6 Tahun Menanti, Suraya Borhan Umum Hamil Anak Pertama
Penyampai radio, Suraya Borhan mendedahkan dia kini sedang hamil anak pertama hasil dari perkahwinan bersama suaminya, Mohd Johanif Mohamed Nadzirin.
Menerusi entri di Instagram (IG), Suraya berkongsi foto alat uji kehamilan (pregnancy test) yang menunjukkan dua garisan.
Suraya turut melahirkan rasa syukur kerana bakal menimang cahaya mata selepas menunggu selama enam tahun.
"We're hoped and we prayed. And now we're excited to say.
"Our little miracle is on the way. Syukur alhamdulillah," tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata mengucapkan tahniah pada Suraya dan berharap dia dan kandungannya berada dalam keadaan yang sihat.
Suraya dan Mohd Johanif telah mendirikan rumah tangga pada April 2013.