,
Laman Utama

69 Peratus Rakyat Malaysia Puas Hati Dengan Prestasi Perdana Menteri

Asraf Aided
02/09/2020
11:14 MYT
Satu kajian dilakukan Merdeka Center menunjukkan 69 peratus rakyat Malaysia berpuas hati dengan prestasi Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, lapor AWANI.
Menurut kajian melibatkan 3,415 responden itu, sembilan daripada 10 orang Melayu dan Bumiputera dari Sabah dan Sarawak menyatakan rasa puas hati mereka.
Manakala, 65 peratus responden kaum India dan 33 peratus responden dari kaum Cina memberikan respons positif terhadap prestasi Muhyiddin.
Tahap sokongan terhadap Perdana Menteri meningkat dan kini berada dalam zon selesa selepas beliau memegang jawatan tersebut sejak Mac lalu.
Respons positif turut diterima kerajaan Persekutuan apabila 58 peratus pengundi berpuas hati dengan prestasi Perikatan Nasional (PN) manakala 28 peratus tidak berpuas hati dengan pentadbiran PN.
Dalam pada itu, kajian tersebut menunjukkan jurang pendapatan memainkan peranan penting dalam menentukan tahap puas hati mereka kepada kerajaan.
Kira-kira tiga per empat daripada responden yang pendapatan isi rumah kurang dari RM2,000 seorang memberi respons positif kepada kerajaan.
Manakala hanya 40 peratus daripada mereka yang berpendapatan isi rumah lebih RM7,000 sebulan memberikan respons positif.
Muhyiddin secara rasmi diangkat menjadi Perdana Menteri kelapan pada 1 Mac lepas.
Beliau yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri itu berlangsung di Balai Singahsana Kecil, Istana Negara.
Istiadat angkat sumpah berkenaan sekali gus menamatkan kemelut politik yang melanda negara bermula 22 Februari lalu.
Sumber : Astro AWANI//Ridauddin Daud
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Allan Bimbang Tidak Diterima di Malaysia - “Hari-Hari Hitung Berapa Tiket Sudah Dijual”

gempak
05/10/2024
08:55 MYT
Allan Andersn, penyanyi program realiti X Factor Indonesia, mengakui bimbang bakatnya tidak dapat diterima oleh peminat seni di Malaysia.
Hiburan

“Silap Pertama Dia Datang KL” - Ceddy Ang Akui Kita Ketinggalan Dalam Memperkenalkan Budaya Malaysia Kepada IShowSpeed

gempak
02/10/2024
04:25 MYT
Menurut Ceddy, memperkenalkan makanan-makanan Malaysia kepada personaliti itu sangat bagus namun bawa berkunjung ke pusat membeli-belah itu bukan satu pilihan yang baik.
Hiburan

Konsert Terbesar Di Malaysia, Afgan Akui Gementar - “Sebagai Seorang Manusia Saya Juga..”

gempak
30/09/2024
10:25 MYT
Menurut Afgan atau nama sebenarnya, Afgansyah Reza,35, sepanjang berkecimpung di dalam industri seni suara selama 17 tahun, dia belum pernah lagi membuat persembahan di tempat yang mempunyai kapasiti yang banyak.
Hiburan

Selepas Australia Dan Indonesia, The Weekend Ke Malaysia?

gempak
28/09/2024
05:55 MYT
Dengan tamatnya konsert berkenaan, adakah selepas ini The Weekend bakal meneruskan siri jelajah konsert itu ke Asia?
Hiburan

Bernadya Selamatkan Nyawa Content Creator Malaysia Menerusi Lagu

gempak
26/09/2024
11:55 MYT
Penyanyi asal Indonesia yang kini cukup popular dalam kalangan pendengar generasi muda, Bernadya mendedahkan ada dalam kalangan peminat mengaku membatalkan niat melakukan perkara buruk terhadap diri sendiri selepas mendengar karya-karyanya.
BorakSeeni