Tujuh bintang Big Stage 2019 yang bakal melangkah ke konsert separuh akhir minggu hadapan bakal diberi peluang memperkenalkan single terbaharu mereka mulai hari ini.
Menurut Pengurus Saluran Astro Ria, Emarina Mohd Kamal, single terbaharu tersebut hanya bakal dipersembahkan oleh peserta yang kekal di konsert akhir Big Stage 2019 pada 6 Oktober depan.
“Tahun ini berbeza, kami release awal sedikit single mereka untuk dinyanyikan di konsert akhir dan kami beri peluang untuk memperkenalkan ketujuh-tujuh single dari peserta separuh akhir.
“Namun, hanya perserta yang berjaya ke peringkat akhir sahaja berpeluang mempersembahkan single mereka di konsert akhir.
“Kami sengaja hype lagu-lagu single mereka lebih awal supaya peminat dan penonton boleh berhibur dan menyanyi bersama di konsert akhir nanti.
“Single yang akan mereka persembahkan hasil nasihat dan pemilihan bersama pihak produksi dan peserta sendiri,” katanya kepada Gempak.
Single terbaharu tujuh peserta iaitu Han Byul, Neeta Manishaa, Irfan Haris, Kucaimars, Dinda Permata, Adzrin dan Fieya Julia akan mula dilancarkan pada Isnin di laman Youtube rasmi Rocketfuel.
Ia akan mula dilancarkan setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 4 petang iaitu setiap hari satu single dari Isnin hingga Rabu dan setiap dua pada hari Khamis dan Jumaat.
Pada minggu hadapan, tujuh peserta itu akan bakal menampilkan dua persembahan iaitu Road To Final dan Duet.
Dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Alhadad, Big Stage 2 dibawakan kepada anda oleh VIVO dan Perodua selaku penaja utama dan Farm Fresh selaku penaja bersama.
Rancangan ini ditayangkan setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Personaliti radio ERA, Radin bersama alumni Big Stage musim pertama, Sissy Imann mengacarakan Big Stage Live Plus yang disiarkan serentak sewaktu berlangsungnya konsert mingguan di platform digital.
Layari laman web bigstage.gempak.com untuk segala informasi mengenai program ini!