Jarang produksi tempatan mengangkat genre crime thriller untuk dijadikan mini siri namun karya terbaharu Mandatori bakal memecakan tradisi tersebut.

Mandatori merupakan sebuah mini siri yang diadaptasi daripada novel penulis terkenal Ramlee Awang Murshid dan mula disiarkan di Astro First Eksklusif hari ini (14 Disember 2017).

Astro Gempak berkesempatan menyaksikan sendiri previu episod sulung mini siri Mandatori di GSC Pavilion, Kuala Lumpur minggu lalu dan seperkara yang boleh dikongsikan, Mandatori memang bertaraf antarabangsa!

Jadi, kami senaraikan tujuh fakta yang perlu anda tahu tentang mini siri Mandatori. Jangan lepaskan peluang menonton sendiri di kaca televisyen anda.

1. Mandatori merupakan mini siri enam episod yang diadaptasi daripada novel berjudul Mandatori tulisan Ramlee Awang Murshid terbitan tahun 2003.



2. Disiarkan selama satu jam untuk setiap episod dan dibintangi oleh Aeril Zafrel, Siti Saleha, Alvin Wong, Iedil Putra, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, Vanidah Imran, Amerul Affendi dan Susan Lankaster.

3. Mandatori menjalani penggambaran di sekitar Lembah Klang selama 35 hari bermula Ogos 2017.

4. Suntingan, jalan cerita dan babak-babak suspens digarap kemas dan setiap adegan berjaya diterjemahkan dengan baik oleh setiap watak. Sekali tengok seperti menonton drama bersiri Crime Scene Investigation (CSI).



5. Mandatori diarahkan oleh Razaisyam Rashid yang pernah dinobatkan Pengarah Terbaik Drama Anugerah Skrin 2016 menerusi filem CEO.

6. Mandatori mengisahkan seorang profiler jenayah, Inspektor Norman yang menyiasat kes pembunuhan bersiri yang berkait rapat hingga membuka semula kes-kes jenayah terdahulu.

7. Bakal bersiaran di Astro First Eksklusif (480) dengan hanya RM19.10. Penonton boleh menikmati semua enam episod berulang kali dalam tempoh lima hari dari waktu pembelian.


Teks oleh: Amri Hassan