gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
"Saya Seperti Ada Tiga Keluarga Sekarang" - BCL
HIBURAN
Selepas 15 Tahun, Deep Purple Pilih KL Untuk Konsert Deep Purple Live in Malaysia
HIBURAN
Astro Kembali Program The Chosen One XTRA & Drama Jutawan Ekspres
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

FILEM

7 Fakta Menarik Tentang Filem Komedi Islamik Thailand, Isan Nikah

Amri Hassan
Amri Hassan
15/07/2025
15:45 MYT
Sponsor Banner
7 Fakta Menarik Tentang Filem Komedi Islamik Thailand, Isan Nikah
Selepas kejayaan filem seram Khong Khaek, syarikat produksi Monwichit Entertainment kembali dengan naskhah terbaharu berjudul Isan Nikah.
Kali ini, filem yang sarat elemen budaya dan Islamik ini tampil dengan genre komedi, mengetengahkan kisah cinta antara dua agama.
Berikut adalah tujuh fakta menarik tentang filem yang bakal menghiburkan penonton Malaysia bermula 17 Julai 2025.

1. Genre Komedi Islamik

Monwichit Entertainment sebelum ini mencipta fenomena menerusi filem seram Khong Khaek. Kali ini, mereka tampil dengan kelainan menerusi Isan Nikah, sebuah komedi yang menyentuh soal perbezaan agama dan budaya dalam perkahwinan.

“Isan Nikah adalah sebuah filem yang sangat menarik untuk ditonton apabila menampilkan kisah perkahwinan membabitkan perbezaan agama serta budaya, lalu diolah untuk menjadi sebuah kisah komedi yang lucu dan mencuit hati.”

2. Angkat Budaya Selatan Thailand

Filem ini mengetengahkan suasana kampung halaman pengarah sendiri, yang menampilkan budaya masyarakat tempatan di selatan Thailand termasuk makanan, sejarah, bahasa dan lokasi pelancongan.

3. Sinopsis

Sophia, seorang gadis Muslim dari Pattani, ingin berkahwin dengan kekasihnya, Bak Kai, seorang lelaki Buddha dari Isan. Bak Kai kemudian memeluk Islam demi cinta. Namun rancangan perkahwinan mereka dihalang oleh Bang Lee, abang Sophia, yang menyimpan trauma akibat sejarah keluarganya. Situasi ini membawa kepada pelbagai adegan lucu dan mencuit hati.

4. Diterajui Barisan Pelakon Pelbagai Generasi

Antara pelakon yang membintangi filem ini termasuk Nattawut Sanyabut, Kamonporn Sangwatcharasoontorn, Amadkuciasree Doloh, Adull Borsu, Natthanicha Chueasanga dan ramai lagi. Watak Bang Lee dilakonkan oleh Amadkuciasree yang juga seorang influencer terkenal.

5. Kru Produksi Berpengalaman

Disokong oleh pasukan produksi berpengalaman, filem ini diarahkan oleh Kriangkrai Monwichit, dengan Sony Suzuki sebagai penerbit eksekutif dan Kanjana Sriman sebagai penerbit. Suntingan pula dilakukan oleh Kriangkrai dan Wasupol Sripuk.

6. Tayang di Pawagam Malaysia Bermula Julai Ini

Filem ini akan ditayangkan bermula 17 Julai 2025 di seluruh pawagam Malaysia. Ia diedarkan oleh Empire Film Solution Sdn Bhd.

7. Naskhah Segar yang Paparkan Islam dari Perspektif Berbeza

Menurut Mohamad Zubir Badar Shair dari Empire Film Solution, filem ini bukan sekadar menghiburkan, tetapi turut memperkenalkan sisi lain masyarakat Muslim di Thailand.

“Selama ini penonton di Malaysia sudah selalu disajikan dengan filem-filem bergenre seram dari Thailand. Sudah tiba masanya untuk filem bercorak komedi dan Islamik menjadi tontonan.“Selain sarat dengan komedi yang menghiburkan, ia juga mengetengahkan budaya dan kehidupan masyarakat Muslim di selatan Thailand yang jarang dipaparkan dalam sesebuah naskhah.”

Topic Berkaitan
#Filem
#Komedi
#Reviu
#Thailand
#Islamik
#Isan Nikah
#Patani
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement