7 Ikon Popular Yang Pernah Menjadi Ilustraasi Google Doodle

Syafiqah Jalal
Mac 22, 2017 12:00 MYT
Google menghasilkan doodle hanya dalam tempoh tertentu untuk meraikan pencapaian seseorang individu, meraikan perayaan atau keraian popular.
Lebih 9,000 lukisan doodle telah dihasilkan oleh Google dan tema tribute kepada figura popular sering mencuri perhatian.
Hari ini sempena ulangtahun kelahiran seniman agung Tan Sri P. Ramlee ke-88, enjin carian popular Google telah menjadikan bintang itu sebagai salah satu daripada lakaran doodle di laman utama mereka.
Berikut kami senaraikan beberapa figura popular antarabangsa yang pernah ditampilkan dalam Google doodle.
1) Charlie Chaplin
Tarikh: 15 April 2011
Sir Charles Spencer Charlie Chaplin merupakan seorang pelakon komik dan pembikin filem yang melakar popular ketika era filem bisu. Charlie merupakan ikon global
menerusi pesonanya dalam The Tramp dan kerjayanya mencapai tempoh 75 tahun hingga meninggal dunia pada 1977.
Profesion: pelawak, penerbit filem, penulis skrip
Usia: Meninggal dunia pada umur 88 tahun (1889-1977)
Tempat lahir: Walworth, United Kingdom
2) Leonardo da Vinci
Tarikh: 14 April 2005
Leonardo di ser Piero da Vinci merupakan seorang arkitek, ahli matemarik, jurutera, anatomis, geologis dan pemuzik. Beliau dikenali kerana bakat luar biasa melukis
potret individu popular seperti Mona Lisa.
Profesion: jurutera, pemuzik, saintis, arkitek
Usia: Meninggal dunia pada umur 67 tahun (1452-1519)
Tempat lahir: Vinci, Itali
3) Michael Jackson
Tarikh: 29 Ogos 2009
Michael Joseph Jackson merupakan seorang penyanyi, penulis lirik, produser, penari dan seorang pelakon. Juga digelar sebagai King of Pop, sumbangan dalam bidang muzik
dan seni tari menjadikan beliau figura popular selama empat dekad.
Profesion: komposer, usahawan, produser, pemuzik
Usia: Meninggal dunia pada umur 51 tahun (1958-2009)
Tempat lahir: Gary, Indiana, USA
4) Akira Kurosawa
Tarikh: 23 Mei 2010
Akira Kurosawa merupakan seorang sutradara filem terkenal Jepun. Memainkan peranan penting dalam perkembangan dunia perfileman di negara itu, Akira telah mengarahkan
30 buah filem sepanjang 57 tahun kerjayanya.
Profesion: produser filem, penulis skrip
Usia: Meninggal dunia pada umur 88 tahun (1910-1998)
Tempat lahir: Shinagawa, Jepun
5) John Lennon
Tarikh: 8 Oktober 2010
John Winston Ono Lennon MBE merupakan penyanyi dan individu yang bertanggungjawab menubuhkan kumpulan The Beatles bersama Paul McCartney yang sangat popular dalam
sejarah industri muzik. Bersama Paul McCartney, mereka
Profesion: aktivis, komposer filem, penerbit, pemuzik, produser filem
Usia: Meninggal dunia pada umur 40 tahun (1940-1980)
Tempat lahir: Liverpool, United Kingdom
6) Bruce Lee
Tarikh: 27 November 2010
Bruce Lee merupakan seorang artis seni mempertahankan diri Hong Kong - Amerika Syarikat. Beliau juga merupakan seorang pelakon filem, jurulatih seni mempertahankan
diri dan pengasas Jeet Kune Do.
Profesion: produser filem, penulis skrip, pelakon
Usia: Meninggal dunia pada umur 33 tahun (1940-1973)
Tempat lahir: Chinatown, California, Amerika Syarikat
7) Audrey Hepburn
Tarikh: 4 Mei 2014
Audrey Hepburn merupakan pelakon dan aktivis Britain yang sangat dikenali kerana lakonannya dalam filem dan ikon berfesyen. Zaman kegemilangan Audrey pada ketika Golden Age Hollywood. Malah, Institut Filem Amerika Syarikat meletakkan pelakon itu sebagai tiga legenda wanita terbaik dalam sejarah perfileman negara itu.
Profesion: mode, pelakon, penari
Usia: Meninggal dunia pada umur 64 tahun (1929-1993)
Tempat lahir: Ixelles, Belgium
Olahan oleh: Amri Hassan
Sumber: Ranker
#Hollywood #Hollywood #Doodle #Google