GAYA HIDUP
7 Inovasi Hebat Yang Dicipta Oleh Rakyat Malaysia, Nombor 4 Paling Gempak
Malaysia bukan sahaja cemerlang dalam bidang sukan dan hiburan malah turut mencipta nama dalam dunia inovasi serta teknologi.
Ramai rakyat Malaysia yang sudah berjaya mengangkat nama negara dengan ciptaan mereka yang digunakan oleh masyarakat di seluruh dunia.
Jom kita lihat tujuh ciptaan menarik yang merupakan idea dan hasil ciptaan rakyat Malaysia.
1. Pelitup Muka
Penggunaan pelitup muka menjadi norma baharu sejak penularan COVID-19 pada tahun 2020.
Namun tahukah anda pelitup muka yang pertama dicipta oleh seorang rakyat Malaysia?
Pada tahun 1910, pelitup muka ini telah dicipta oleh seorang pakar epidemiologi iaitu Dr. Wu Lein Teh ketika membantu China mengawal wabak manchuria. Dia telah mencipta topeng berkenaan daripada kapas, kain kasa dan beberapa lapisan kain untuk menopause udara.
Rekaan tersebut telah menjadi inspirasi kepada topeng N95 yang kita ada pada hari ini.

2. Alat Masak Telur Separuh Masak
Selain Nasi Lemak dan Roti Canai, telur separuh masak adalah merupakan sarapan pilihan rakyat Malaysia.
Tapi untuk mendapatkan telur masak yang sempurna bukan mudah jadi bagi menyelesaikan masalah ini, seorang operator jentolak, Datuk Hew Ah Kow telah mencipta alat memasak telur automatik sekitar tahun 1973.
Pada asalnya dia hanya menggunakan tin Ovaltine yang ditebuk dan diisi dengan air panas serta telur. Inilah yang menjadi asas kepada alat masak telur separuh masak moden.

3. Pemacu USB (Pendrive)
Sebelum wujudnya storan awan, pemacu USB merupakan penyelamat untuk masyarakat dunia untuk menyimpan dokumen dan fail penting.
Ciptaan ini merupakan hasil idea seorang rakyat Malaysia, Pua Khein Seng pada tahun 2003.
Dengan jenama "Pendrive" dia telah membangunkan pemacu bersaiz 128MB hanya dengan kos RM300 semasa belajar di Universiti Nasional Chiao Tung, Taiwan.
Kini, ciptaannya masih lagi digunakan di seluruh dunia.

4. Pasport Biometrik
Malaysia adalah negara pertama di dunia yang memperkenalkan pasport biometrik pada tahun 1998!
Inovasi ini dibangunkan oleh syarikat teknologi tempatan, IRIS Corporation.
Ciri ini menjadikan pasport lebih selamat dengan menggunakan data pengecaman wajah dan cap jari.
Kini, pasport biometrik digunakan secara meluas di banyak negara.

5. Dinding Nehemiah
Kalau anda pernah perasan dinding konkrit berbentuk sarang lebah di sepanjang lebuh raya – itu adalah ciptaan rakyat Malaysia!
Dr. Nehemiah Lee mencipta Dinding Nehemiah pada tahun 1980-an semasa bekerja dengan syarikat pembinaan. Dinding ini sangat kuat dan sesuai untuk pelbagai keadaan tanah. Ia kini digunakan bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di Singapura, Hong Kong dan Australia.

6. Pemegang Berus Gigi Flipper
Pernah guna bekas plastik comel yang automatik tutup berus gigi anda? Itu pun hasil ciptaan rakyat Malaysia!
Goo Yock Tee mencipta "Flipper" untuk memastikan berus gigi kita kekal bersih dan selamat dari kotoran. Ciptaannya diiktiraf di peringkat antarabangsa dan kini dijual di lebih 40 negara!

7. WaterPod – Penapis Air Laut Mesra Alam
Tiga pelajar dari Asia Pacific University (APU) – Bennie Beh Hue May, Loo Xin Yang dan Yap Chun Yoon – mencipta "WaterPod", sebuah alat untuk menukar air laut menjadi air minuman.
WaterPod berfungsi menggunakan tenaga solar dan teknologi penapisan seperti akar pokok bakau. Ia sangat berguna untuk masyarakat laut seperti Bajau Laut yang sukar mendapat bekalan air bersih.

Sumber: Rojak Daily