Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

7 Lelaki Berpakaian Wanita Ditahan Di Terengganu - "Penduduk Mengadu Mereka Sering Berkumpul Di Beranda Rumah"

Gempak
28/07/2024 12:00 MYT
Gara-gara berpakaian seperti wanita termasuk berbaju kurung dan bertudung, tujuh lelaki ditahan dalam serbuan oleh pasukan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), di sebuah flat di bandar raya ini baru-baru ini.

Kesemua tujuh lelaki itu berusia dalam lingkungan 17 hingga 54 tahun itu ditahan pada pukul 12 tengah malam.

BERITA TRENDING: Menyundal Dalam Kebun Sawit, Wanita Warga Asing Didenda RM2,800

Ketua Penolong Pesuruhjaya Bahagian Penguatkuasaan JHEAT, Aizi Saidi Abd. Aziz berkata, serbuan itu dilakukan berikutan aduan daripada penduduk setempat.

“Mereka mendakwa kurang selesa dengan perlakuan lelaki berpakaian wanita terbabit yang sering berkumpul di beranda rumah masing-masing terutama pada waktu malam.

“Perbuatan itu didakwa menarik ramai lelaki ‘berhidung belang’ memasuki kawasan flat berkenaan,” katanya ketika dihubungi Kosmo!, di sini hari ini.

Aizi Saidi berkata, semua yang terbabit ditahan dalam serbuan yang dilakukan di tiga buah rumah di kawasan flat berkenaan.

“Mereka telah dibawa ke Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu di sini untuk tindakan lanjut sebelum dibebaskan dengan bon jaminan hadir ke mahkamah,” katanya.

BERITA TRENDING: Hamil 6 Bulan & Hidap HIV, 'Miza Ozawa' Mengaku Cari Pelanggan Bagi Maksud Pers*ndalan

BERITA TRENDING: Rakan Sekerja Bercinta Dengan Pondan Gara-Gara Isteri Berlaku Curang

BERITA TRENDING: Taubat Jadi Pondan, Lelaki Nikahi Teman Wanita Lepas 8 Bulan Bercinta


Sumber: KOSMO! ONLINE
#Tudung #wanita #Polis #Terengganu #Baju Kurung #Pakaian #Lelaki #Tahan #Beranda