“7 Orang Anak 21 Cucu” - Meriahnya! Sambut Birthday, Che Ta Syukur Ibu Masih Sihat

Mya Amri
Julai 16, 2020 13:47 MYT
Pelakon Rozita Che Wan baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran ibu tersayang.
Menerusi akaun Instagramnya, Rozita atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta berkongsi beberapa foto sambutan tersebut bersama keluarganya.
Che Ta juga menerusi entri terbaharu itu juga memanjatkan rasa syukur kerana ibu kesayangannya dikurniakan tubuh badan yang sihat walaupun sudah berusia 67 tahun.
“Selamat hari jadi buat ibu saya yang cantik. 67 tahun, 7 orang anak, 21 cucu. Tapi mak masih sihat, kuat dan bertenaga,” tulisnya.
Dalam pada itu di ruangan komen juga rata-rata pengikutnya mendoakan kesejahteraan ibunya selain suka melihat keluarga besar Che Ta.
“Happy birthday mak Che Ta, semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki,” tulis @hasmisara
“Happy birthday makcik, semoga diberi kesihatan yang baik dan berpanjangan,” doa @moreo.jaja
Jangan lupa tonton The House yang ditayangkan menerusi Gempak Duduk Rumah di portal Astro Gempak!
#Rozita Che Wan