Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

7 Tahun Berehat, G-Dragon Pilih Rakam Lagu Dengan Syarikat Milik Produser Muzik Palestin! - "Comeback Paling Dinanti-Nantikan"

Ainun
01/11/2024 13:55 MYT

Selepas tujuh tahun berehat dari industri muzik Korea, penyanyi terkenal G-Dragon akhirnya memilih untuk bernaung di bawah syarikat rakaman bernama Empire milik seorang warganegara Palestin.

Maklumat tersebut dikongsi oleh seorang individu dan pemilik syarikat itu sendiri oleh pemilik syarikat rakaman yang bernama Ghazi Shami menerusi platform X.

“Legenda K-pop, G-DRAGON, telah mendapat sambutan hebat di seluruh dunia selepas menandatangani kontrak dengan label milik warganegara Palestin untuk kemunculan semula yang paling dinantikan selepas berehat selama 7 tahun,” kata dari individu menerusi hantaran di platform X.

Walau bagaimanapun, pilihan penyanyi terkenal itu menjadi topik hangat di semua media sosial kerana keputusannya untuk menyokong para saudara di Palestin serta menolak tawaran daripada pelbagai syarikat besar yang ingin dirinya bernaung bersama mereka.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat turut berasa bangga dengan pilihan G-Dragon untuk bernaung dibawah syarikat rakaman tersebut.

Antara komen yang ditinggalkan adalah:

Sekadar info, penyanyi G-Dragon telah mengeluarkan muzik video terbarunya yang berjudul ‘Power’ selepas tujuh tahun berehat dari dunia industri muzik di Korea.

BERITA TRENDING: "Jaga Isteri Sendiri, Tak Perlu Nasihat Kepada Duda-Duda Lain Macam Mana Nak ..." - Fazley Yaakob

BERITA TRENDING: Ajak Shiro Kongsi Perbualan Dengan Anak Perempuan Yang ‘Offer’ Diri Ikut Uruskan Jenazah - “Kita Ini Risau Le Anak Dara Tak Pernah…”

BERITA TRENDING: Rusia Denda Google AS$20,000,000,000,000,000,000,000,000,000,000,000

BERITA TRENDING: “Nenek Tua Ini Menyeramkan” - Aleeya Zailan Kongsi Pengalaman Keluarga Diekori Nenek di Pusat Beli-Belah


#Netizen #G-Dragon #Lagu #Syarikat #Rakam #Rakaman
;