Selepas kali terakhir muncul menerusi filem Magika sekitar tujuh tahun lalu, penyanyi Mawi bakal kembali ke bidang lakonan selepas dipelawa oleh pengarah prolifik, Syamsul Yusof untuk membintangi filem terbaharunya, Munafik 2.
Kata Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani, 32, dia menerima tawaran itu atas dasar persahabatan yang baik dengan pengarah itu.
"Mesti susah untuk saya bekerja dengan orang yang saya sendiri tidak kenal. Sejak kami berduet dalam lagu Kalah Dalam Menang, kami lebih mengenali cara kerja satu sama lain jadi saya harap tiada masalah untuk saya terjun kembali ke bidang lakonan dan bekerja bawah Syamsul.
"Saya melihat ini satu peluang untuk berkolaborasi sekali lagi dan sejujurnya kami tidak pernah bersembang mengenai bidang lakonan selama ini. Apabila ditawarkan sudah pasti saya pun terkejut," katanya yang ditemui pada Majlis Pelancaran Filem Munafik 2 di Perbadanan Filem Nasional (Finas), Hulu Kelang, baru-baru ini.
Mawi akan mendukung peranan seorang ustaz bernama Azhar yang mengamalkan agama Islam secara senyap-senyap.
Mengakui sedikit gementar untuk kembali ke set penggambaran setelah sekian lama berehat daripada bidang itu, penyanyi lagu Aduh Saleha itu lebih tertekan dengan penanda aras yang telah diletakkan dalam filem Munafik tahun lalu.
"Filem Munafik tahun lalu menjadi satu fenomena dan telah merangkul pelbagai anugerah hebat jadi tekanan untuk saya memberikan mutu lakonan terbaik lebih tinggi.
"Sudah pasti perasaan gemuruh itu lebih kuat sebab saya khuatir teknik lakonan saya tidak cukup bagus untuk menyuntik elemen suspens," katanya yang juga mempunyai sebuah syarikat produksi, Mawi World Entertainment Sdn. Bhd.
Dalam pada itu, Mawi mendedahkan dia dan Syamsul akan berduet sekali lagi untuk lagu tema filem seram itu.
"Lagu tema filem ini dalam proses rakaman dan saya sudah menerima demo lagu tersebut," tambahnya.
Munafik bakal memulakan penggambaran pada 20 Mac dan membariskan pelakon lain seperti Maya Karin, Fauzi Nawawi, Nasir Bilal Khan, Fizz Fairuz, Ku Faridah dan Datuk Rahim Razali.
Teks oleh: Amri Hassan
Kredit foto: IG @cahayaasmawi
Syafiqah Jalal
Tue Mar 14 2017
Wanita Mengaku Salah Menyundal
Seorang wanita mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Pilah, Negeri Sembilan, pada Jumaat atas pertuduhan melakukan aktiviti persundalan pada minggu lalu.
Aepul Roza Akui Tumpang Populariti Kontroversi Rumah Tangga Sedang ‘Panas’ - “Kebanyakan Karya Saya…”
Menarik juga lagu ILU.
KECOH! Bila Doktor Boleh Nampak Hantu Edna! | Singgah Set
Set Dr Pontianak ni kalau korang nak tahu, tak pernahnya serius… Pasti gamat dengan telatah Edna & Dr. Vivy. Cik Bam pun tak boleh nak tahan gelak bila ada dengan diorang ni. Kali ni, Cik Bam bagi diorang jawab kuiz yang tak masuk akal soalan-soalannya. Diorang pun naik bengang!
Jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan Saksikan #DrPontianak setiap Jumaat, 10 Malam di Astro Warna atau strim di Astro GO dan sooka.
#DrPontianak #BamBamStudios #AstroGo #AstroBaharu #MasaBersama #MerapatkanKita #sookaMalaysia #sookaGotDrama
Jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan Saksikan #DrPontianak setiap Jumaat, 10 Malam di Astro Warna atau strim di Astro GO dan sooka.
#DrPontianak #BamBamStudios #AstroGo #AstroBaharu #MasaBersama #MerapatkanKita #sookaMalaysia #sookaGotDrama
Berang Ditipu Selebriti Wanita, Individu Minta Tolong Daripada Caprice - “Sepatutnya Saya Kahwin Dengan Dia Tapi…”
Ini respons Caprice mengenai DM tersebut.
Bertengkar Dengan Suami, Ibu Buang Anak OKU Dalam Sungai Penuh Buaya
Seorang wanita yang juga ibu sanggup berlaku kejam terhadap anaknya yang merupakan orang kelainan upaya (OKU)
Delulu Bukan Lagu Ara Johari Sindir Sesiapa! - "Ia Bawa Mesej Ringan, Sekadar Hiburan"
Ara tampil dengan lagu baharu.
"Itu Bukan Rambut Saya" - Yuna Perjelas Salah Faham Konsep Rambu-Ramba Keluar Tudung
Tanda tanya netizen akhirnya terjawab selepas Yuna tampil memberikan penjelasan mengenai helaian rambu ramba yang kelihatan di tudungnya semasa menjadi wajah muka hadapan untuk sebuah majalah..
Iqbal Zulkefli Takkan Pulangkan Anak Angkat Kepada Keluarga Kandung - "Tapi Saya Takkan Pisahkan..."
Usahawan dan pempengaruh media sosial, Iqbal Zulkefli bertegas untuk tidak akan memulangkan anak angkat yang dijaganya, Ahmad Ziyad kepada keluarga kandungnya.
Yang Di-Pertua Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal Meninggal Dunia Di IJN
Yang di-Pertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal, 69 tahun dilaporkan meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur pada jam 11.46 pagi tadi.
Mahalini, Rizki Febian Selamat Diijabkabul, Kini Bergelar Suami Isteri!
Pasangan popular Indonesia, Mahalini dan Rizky Febian telah selamat disatukan sebagai pasangan suami isteri pada awal pagi Jumaat di Hotel Raffles, Jakarta, Indonesia.