Laman Utama

7 Tahun Berkahwin, Idayu Akhirnya Bergelar Ibu - "Dapat Rasa Sakit Bersalin Normal & Dibedah"

gempak
Amri Hassan
19/04/2021
07:21 MYT
Sponsor Banner
7 Tahun Berkahwin, Idayu Akhirnya Bergelar Ibu - "Dapat Rasa Sakit Bersalin Normal & Dibedah"
Selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga, penyanyi Idayu telah selamat menimang cahaya mata sulungnya pada Jumaat lalu.
Bayi lelaki yang sepatutnya dilahirkan secara normal itu terpaksa dibedah di KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital akibat kekurangan oksigen.
"Ikutkan, saya sepatutnya bersalin secara normal sebab bukaan pun dah 7 cm. Tapi keadaan baby semakin lemah sebab kepala dia tersangkut di tali pusat menyebabkan dia kurang oksigen.
"Itu yang terpaksa saya lalui pembedahan. Nak timbang berat bayi selepas keluar pun tak dapat sebab dia dalam keadaan yang tidak stabil. Sekarang pun, baby dalam ICU lagi tapi Alhamdulillah, keadaan dia semakin baik.
"Bagi saya, walaupun dapat rasa sakit nak bersalin normal dan dibedah, tapi ia satu pengalaman yang sangat indah untuk saya ingat sampai bila-bila. Penantian hampir tujuh tahun... dapat juga buah hati," katanya.
Idayu atau nama sebenarnya Nur Farah Idayu Yaakob sebelum itu berkongsi rasa gembira dan syukurnya dikurniakan cahaya mata sulung yang diberi nama Aryan Rifai di Instagram pada Isnin.
Dalam pada itu, Idayu memberitahu dia akan berkongsi wajah putera sulungnya apabila sudah bersedia dan pada masa yang bersesuaian.
Idayu mendirikan rumah tangga dengan Shahrul Fadzil pada Mei 2014.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024