Berita

70 Maut Serangan Bom Kimia Di Syria

gempak
Syafiqah Jalal
06/04/2017
07:28 MYT
Sponsor Banner
70 Maut Serangan Bom Kimia Di Syria
Sehari selepas letupan bom di bandar St. Petersburg, Rusia yang mengorbankan 11 nyawa, bandar Idlib, utara negara Syira pula lumpuh selepas siri serangan bom kimia 6.30 pagi Selasa lalu.
Kejadian menyayat hati itu membunuh 70 penduduk tempatan dan lebih 100 mangsa masih dirawat di hospital.
Faktanya, itu merupakan serangan terburuk dalam sejarah negara Syria selepas Perang Syria enam tahun lalu.
Beberapa potongan video dan gambar menyayat hati sekitar kawasan terjejas tular di Internet sejak semalam.
Paling menyentuh hati beberapa keping gambar seorang bapa, Abdel Hameed Alyousef, merangkul mayat dua anak kembarnya Aya dan Ahmad yang baru berusia sembilan bulan.
Dalam kejadian itu, 22 orang ahli keluarganya maut termasuk dua abang kandung, sepupu dan anak-anak saudaranya.
"Ketika serangan kami sekeluarga berada di dalam rumah dan saya terus merangkul kedua-dua anak dan isteri saya keluar rumah sebelum mereka pengsan 10 minit kemudiannya.
"Saya bawa mereka ke paramedik tetapi tidak dapat diselamatkan," ceritanya kepada CNN.
Organisasi Larangan Senjata Kimia sedang menyiasat kejadian serangan bom kimia itu.
Olahan oleh: Amri Hassan Sumber: CNN, ABC
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024