7,000 Banjiri Neon Music Festival, Penganjur Janji Line-Up Lebih Padu Tahun Depan!
Amri Hassan
10/10/2023 11:06 MYT
10/10/2023 11:06 MYT
Seramai lebih 7,000 pengunjung hadir memeriahkan Neon Music Festival yang berlangsung gilang-gemilang di Surf Beach Sunway Lagoon pada Jumaat lalu.
Menggabungkan muzik, seni dan makanan enak, Neon Music Festival (NMF) kembali selepas sekian lama 'berehat'.
Ujar Pengarah Urusan HiFive Entertainment, Sean Pereira, pihaknya terharu dengan sambutan luar jangka yang diterima untuk festival tahun ini dan terus optimis menyediakan platform kepada bakat tempatan untuk lebih menyerlah.
"Kami sangat teruja dan tak menyangka dengan sambutan yang diterima kali ini. Malah, kami juga terharu dapat memberikan sebuah acara bertaraf antarabangsa kepada peminat di Malaysia.
"HiFive Entertainment sedang dalam misi untuk menyediakan platform kepada bakat tempatan dengan memberikan pendedahan untuk berkongsi pentas dengan artis dari luar negara," katanya kepada Gempak.
Neon Music Festival sinonim dengan kemeriahan warna-warni dalam atmosfera mengujakan digandingkan bersama pemuzik serta artis berbakat dari luar dan dalam negara.
Kali ini, NMF menampilkan penyanyi yang sedang meningkat naik, Saixse serta beberapa artis tempatan popular lain antaranya SonaOne.
Selain deejay tempatan seperti Boris Foong dan Chukiess & Whackboi, NMF turut dihangatkan dengan deejay antarabangsa seperti Wukong, Ben Nicky dan Timmy Trumpet.
Melihat kepada sambutan positif NMF tahun ini, Pereira menjanjikan sesuatu lebih hebat pada tahun hadapan.
"Pastinya tahun 2024 akan menjadi tahun yang lebih mengujakan untuk kami memberikan lebih lagi kepuasan kepada peminat serta peluang lebih luar kepada bakat tempatan," katanya.

#SonaOne
#Deejay
#Sunway Lagoon
#Festival
#Saixse
#Ben Nicky
#Neon Music Festival
#Timmy Trumpet
#Wukong