Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Berita

"73 Orang Petugas KKM Positif Covid- 19 Bukan Berjangkit Akibat Rawat Pesakit" - Dr Noor Hisham Abdullah

Badrul Hashim 25/03/2020 | 20:56 MYT
>Menurut Twitter rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia, KKMPutrajaya, kakitangan KKM mematuhi SOP yang telah ditetapkan dalam pengendalian pesakit Covid- 19.
Biarpun ada di antara rakan-rakan barisan hadapan mereka yang dijangkiti Covid- 19, operasi hospital terlibat diteruskan seperti biasa.
"Dilaporkan bahawa terdapat 73 anggota kesihatan KKM yang dikesan positif Covid- 19. Berdasarkan siasatan, punca jangkitan bagi kesemua anggota kesihatan ini bukan disebabkan oleh pengendalian kes positif Covid- 19 di fasiliti kesihatan KKM.
"Daripada jumlah tersebut, didapati punca jangkitan bagi 47 kes (64.45) adalah berkaitan dengan majlis perkahwinan yang juga dihadiri oelh mereka yang menghadiri perhimpunan tabligh.
Lain-lain punya adalah seperti sejarah melawat ke luar negara dan dari kontak keluarga yang positif Covid- 19." kata Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah kesihatan Malaysia.
Pada Twitter tersebut, Dr Noor Hisham turut menjawap komen kepada Berita TheEdge yang mengatakan Hospital Teluk Intan ditutup kerana 37 kakitangannya positif Covid- 19.
Menurut Dr Noor Hisham, wad berkenaan ditutup untuk proses pembersihan dan pembasmian, tetapi bukanlah keseluruhan hospital. Hospital Teluk Intan masih berjalan seperti biasa.
#KKM #Covid- 19 #Dr Noor Hisham Abdullah
;