Laman Utama

770 Juta Individu Buta Huruf! Kebanyakannya Wanita?

gempak
Hanafis Haris
16/06/2022
09:05 MYT
Sponsor Banner
770 Juta Individu Buta Huruf! Kebanyakannya Wanita?

Amat mengejutkan apabila lebih 770 juta individu di seluruh dunia berdepan masalah buta huruf.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh Ketua Pengarah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) Audrey Azoulay.

Lebih memeranjatkan, dua pertiga daripada mereka adalah wanita.

"Saya juga fikir semua orang yang tidak mendapat hak untuk pendidikan adalah kanak-kanak termasuk 770 juta orang dewasa yang tidak tahu membaca atau menulis.

“Dua pertiga daripadanya adalah wanita," kata ketika menghadiri Persidangan Antarabangsa Pendidikan Dewasa ketujuh pada Rabu lalu.

Tambah Audrey, beliau turut menggesa usaha untuk menyediakan pendidikan kepada orang dewasa yang buta huruf dipertingkatkan.

Difahamkan, persidangan itu diadakan di Marrakesh, Maghribi pada Rabu-Jumaat.

Sekadar info, di Malaysia, kesan pandemik Covid-19 dikhuatiri menyebabkan 70 peratus murid prasekolah di Lembah Klang sehingga Jun 2021 buta huruf kerana mereka gagal menguasai program 3M iaitu membaca, menulis dan mengira (3M).

Sumber : BERNAMA

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live