gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
"Saya Ingat Saya Akan Meninggal, Kepala Nak Meletup, Dada Sesak..." - Dahlia Rizal Kongsi Pengalaman Bersalin, Sakit Ambil Epidural
HIBURAN
Ada Hubungan Istimewa Dengan DJ Internasional? Ini Respons Sabronzo Dolla - “Saya Terharu Ramai Nak Tahu…”
VIRAL
"Tolong Jangan Asyik Tambah Anak" - Datuk Bandar Tegur Golongan Miskin
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
BERITA

8 Anggota FRU Maut Nahas Dengan Lori Batu Di Teluk Intan

gempak
Gempak
13/05/2025
04:25 MYT
Sponsor Banner
8 Anggota FRU Maut Nahas Dengan Lori Batu Di Teluk Intan

Sekurang-kurangnya lapan dilaporkan maut dalam nahas melibatkan sebuah kenderaan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) bertembung dengan lori muatan batu di Jalan Chikus -Sungai Lampam, Perak pada Selasa.

Maklumat awal memaklumkan, kesemua mangsa yang maut merupakan anggota FRU dengan sebahagiannya cedera parah akibat tersepit.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Menurutnya, panggilan kejadian itu diterima Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan jam 8.54 pagi melibatkan kenderaan FRU membawa 15 penumpang dan pemandu.

"Setakat ini mangsa yang disahkan maut seramai lapan orang. Mangsa yang dikeluarkan telah dihantar ke hospital.

"Kerja-kerja menyelamat sedang dijalankan di lokasi kejadian," katanya.

Difahamkan, kenderaan FRU terbabit dalam perjalanan pulang ke Ipoh selepas tugas Op Chariot di Teluk Intan.

Sumber: Sinar Harian

Topic Berkaitan
#Maut
#Langgar
#Anggota
#Lori
#Batu
#FRU
Must-Watch Video