Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
BERITA

8 Anggota FRU Maut Nahas Dengan Lori Batu Di Teluk Intan

Gempak 13/05/2025 | 04:25 MYT

Sekurang-kurangnya lapan dilaporkan maut dalam nahas melibatkan sebuah kenderaan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) bertembung dengan lori muatan batu di Jalan Chikus -Sungai Lampam, Perak pada Selasa.

Maklumat awal memaklumkan, kesemua mangsa yang maut merupakan anggota FRU dengan sebahagiannya cedera parah akibat tersepit.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Menurutnya, panggilan kejadian itu diterima Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan jam 8.54 pagi melibatkan kenderaan FRU membawa 15 penumpang dan pemandu.

"Setakat ini mangsa yang disahkan maut seramai lapan orang. Mangsa yang dikeluarkan telah dihantar ke hospital.

"Kerja-kerja menyelamat sedang dijalankan di lokasi kejadian," katanya.

Difahamkan, kenderaan FRU terbabit dalam perjalanan pulang ke Ipoh selepas tugas Op Chariot di Teluk Intan.

Sumber: Sinar Harian

#Maut #Langgar #Anggota #Lori #Batu #FRU