READ
8 Lokasi Terbaik TAIWAN Mesra Muslim yang Mesti Anda Kunjungi —Rugi, Kalau Tak Pergi!
Oleh: Athirah Zulkifli

Foto: Taipei 101
SELAIN tarikan sejarah, budaya, keindahan alam dan aktiviti yang menyeronokkan, fasiliti mesra Muslim turut menjadi pertimbangan utama pelancong.
Lebih-lebih lagi apabila populasi penganut Islam di negara yang bakal dikunjungi itu adalah rendah seperti Taiwan.
Isu utama yang menjadi rungutan pastinya berkaitan lokasi makanan halal selain kemudahan untuk menunaikan solat. Kempen Salam Taiwan disifatkan berjaya membuka mata mengenai kemudahan mesra Muslim yang selesa tanpa rasa bimbang dan was-was.
Jom InTrend bawakan kepada anda lokasi yang menarik dan muslim friendly jika anda berkunjung ke Taiwan.
1. Night Market

Foto: Shilin Night Market
Jika anda seorang yang gemar terokai night market, anda mesti kunjungi empat night market yang popular di Taiwan. Antaranya Shilin Night Market (Taipei), Raohe Street Night Market, Fengjian Night Market (Taichung) dan YiChung Shopping Street.
Diantara keempat-empat night market ini, Shilin Night Market adalah pasar malam terbesar di Taipei. Di sini, anda boleh membeli-belah adan mencuba pelbagai makanan tempatan. Pasar malam ini dibahagikan kepada bangunan Shilin Market lama di mana akan temui pelbagai gerai makanan dan barangan.
Waktu operasi Shilin Nigh Market : 5 petang -12 tengah malam
Apa yang boleh dimakan: Ais kepal, Teh Bubble dan Tofu
Hentian terdekat: Stesen MRT Jiantan, laluan keluar nombor 1

Foto: Shilin Night Market

Raohe Street Night Market
Pasar sepanjang 600 meter di Raohe Street ini dipenuhi dengan kedai yang menjual sajian lazat dan pelbagai barangan seperti pakaian, barang kelengkapan rumah dan banyak lagi. Ia merupakan salah satu pasar malam tertua di Taipei dan salah satu tarikannya disajikan dengan pintu gerbang seni bina Cina yang mempesona.
Waktu operasi Raohe Street Night Market: 5 petang - 12 tengah hari
Apa yang boleh dimakan: Sotong panggang dan Telur dadar tiram
Hentian terdekat: Stesen MRT Songshan, laluan keluar nombor 1
Tips melawat Pasar Malam Sekitar Taipei:
- Elakkan datang terlalu awal, anda mungkin terlepas gerai yang dibuka lewat terutamanya pada waktu malam.
- Berjalan mengikut aliran. Ia akan melancarkan pergerakan anda di pasar ini kerana anda tidak perlu melawan arus orang ramai dari arah bertentangan.

Foto: Raohe Street
2. Taipie 101
Bangunan ikonik yang menjulang tinggi ini menempatkan pusat beli-belah yang sememangnya menjadi syurga membeli-belah kepada penggemarnya.
Dari bangunan ini anda boleh melihat panorama bandaraya Taipie. Menariknya, Menara Taipie 101 mempunyai lif terpantas di dunia. Ia membawa anda dengan pantas dari tingkat 5 ke tingkat 89 di mana terletaknya balai cerap 39 saat sahaja.
Waktu dibuka: Ahad - Khamis (11.30 pagi - 9.30 malam)
Jumaat, Ahad dan malam cuti umum (11 pagi - 10 malam)
Hentian terdekat: Stesen MRT Taipei 10, laluan keluar nombor 4
Stesen MRT Dewan Bandaraya Taipei laluan keluar nombor 2 kemudian berjalan kaki dalam 10 minit.

Foto: Menara Taipie 101
Foto: Menara Taipie 101