Hiburan
8 Sebab Kenapa Anda Perlu Sukakan Vivy Yusof!
Anda rasa anda tahu kenapa Vivy Yusof ‘mencuri hati’ anda, tapi sebenarnya anda sendiri tidak pasti mengapa. Hehe!
Saksikan dan tonton kehidupan Vivy Yusof, sebagai seorang Ketua Pegawai Eksekutif di Fashion Valet, sebuah perniagaan fesyen online terbesar di Malaysia sehinggalah kisah hidupnya sebagai seorang ibu kepada dua orang anak.
Sebab itulah kami sediakan lapan sebab kenapa anda perlu menonton Love, Vivy musim kedua:
1. Sudah tentu kerana persalinan yang dikenakan Vivy! Dengan high heel 7 inchi yang disarungnya semasa Kuala Fashion Week baru-baru ini membuatkan dia nampak awesome! Vivy...apa sahaja yang dipakainya pasti membuatkan semua orang terpaku!
2. Semua wanita pasti teruja untuk menjadi seperti wanita genit dipanggil Vivy ini. Cantik dan berjaya dalam kariernya. Siapa kata seorang ibu beranak dua tidak boleh mengembangkan perniagaan?
3. Dunia fesyen, nampak glamor dan menyeronokkan! Itu yang semua orang fikir tetapi untuk mengukuhkan empayar, bukan sesuatu yang mudah. Vivy tidak lokek berkongsi rahsia kejayaan Fashion Valet dan selok belok perniagaan online dengan para penonton.
4. Fashion Valet adalah keluarga. Fashion Valet telah berkembang dengan begitu pantas dalam masa beberapa tahun sahaja. Nak tahu apa yang keluarga Fashion Valet lakukan untuk ‘mengukuhkan’ jenama mereka? Love, Vivy...ada jawapannya!
5. Sudah tentu anda tidak mahu ketinggalan melihat koleksi terbaru Fashion Valet. Raya pun dah nak dekat...Manalah tahu, ada yang berkenan di hati!
6. Anda pasti tidak mahu ketinggalan menyaksikan episod-episod melucukan yang akan membuatkan anda ketawa sekuat hati. Antaranya, ibu Vivy, Aunty Aishah, menelefon dan memarahi Vivy ketika dia sedang menghadiri mesyuarat penting, hanya kerana Vivy tidak mengemas bilik! #reallymom?
7. Tiada had umur untuk menonton Love, Vivy. Ahhh..Umur? Hanya sekadar nombor!
8. Telatah lucu si comel Danial dan Mariam! Seriously, anda semua takkan boleh tidur selepas melihat keletah lucu mereka, tetapi dalam pada bergelak ketawa bergurau senda mereka ni juga ratu air mata!
Must-Watch Video