Hiburan

“8 Tahun Bersama, Doakan Kami” - Video Romantik Tepi Pantai Aeril Zafril Dan Wawa Zainal ‘Bersemut’!

gempak
Azwa Rahman
02/07/2020
06:31 MYT
Sponsor Banner
“8 Tahun Bersama, Doakan Kami” - Video Romantik Tepi Pantai Aeril Zafril Dan Wawa Zainal ‘Bersemut’!
Aktor Aeril Zafril mencuri perhatian wargamaya apabila memuat naik sebuah video romantik bersama isterinya pelakon Wawa Zainal.
Menerusi laman sosial Instagram, Aeril, 32, berkongsi video indah tepi pantai tersebut untuk tontonan umum.
“8 tahun bersama dan masih mengira. Doakan kami semua,” tulis Aeril menerusi ruangan kapsyen.
Menerusi video berdurasi 15 saat itu, Wawa kelihatan berlari-lari anak sepanjang persisiran pantai sampai menarik tangan dan memeluk suaminya.
Hasl tinjauan Gempak di ruangan komen, rata-rata wargamaya begitu asyik melihat kemesraan pasangan suami isteri ini.
Malah, ramai wargamaya yang masih bujang begitu terkesan sehingga tak sabar untuk berkahwin.
“Aku tak kira, nak kahwin sekarang,” tulis seorang wargamaya.
“Dengar cerita laut terus jadi manis lepas scene ni,” usik seorang wargamaya.
“Bersemutnya tengok! Semoga till jannah,” doa seorang wargamaya.
“Satu-satunya pasangan yang sentiasa buatkan saya tak sabar untuk cepat-cepat berkahwin,” luah seorang wargamaya.
“I auto sendu tengok pasangan suami isteri ni,” kata seorang wargamaya.
“Takde pasangan nak mengira tahun perhubungan, uhukkk,” ujar seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, video tersebut telah menerima hampir 800,000 tontonan daripada warga Instagram.
Sekadar info, Aeril dan Wawa, 28, mendirikan rumah tangga pada 25 Februari 2012 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 7, Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa, 5, serta Aya Soffya yang lahir pada 1 Disember 2019.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live