Hiburan
"8 Tahun Bersama, First Time Hosting Together" - Gandingan Awal & Scha Hoskan Meletop Paling Sempoi!
Menggantikan Nabil dan Neelofa mengacarakan rancangan hiburan popular Meletop malam tadi, pasangan serasi Awal Ashaari dan Scha Alyahya mendapat pujian peminat.
Bukan hanya keletah bersahaja namun gelagat sempoi pasangan suami isteri itu turut mencuri hati ramai.
Bagi yang mungkin tidak tahu, sepanjang lapan tahun mendirikan rumah tangga, ini merupakan comeback Scha dan Awal mengacarakan sebuah rancangan bersama-sama.
"Dah lapan tahun bersama, tonight is going to be our first time hosting together.
"Kalau banter masalah rumah tangga tu biasalah sampai kengkadang lari keluar rumah pun ada.
"Tapi japgi kalau salah bual, panas takkan nak lari keluar set Meletop," tulis Awal menerusi Instagramnya malam tadi.
Untuk rekod, pasangan ini pernah sekali digandingkan bersama sebagai hos untuk mengemudi rancangan Sehati Berdansa pada tahun 2008.
Malah, jika anda masih ingat Awal pernah melamar Scha ketika mereka disatukan bersama untuk mengacarakan rancangan Propaganza sekitar tahun 2012.
Sepanjang mengendalikan Meletop malam tadi, gelagat Scha menarik telinga Awal antara momen menarik yang menjadi perhatian.
Keserasian pasangan itu juga dilihat bersahaja dan tidak terlalu mencuba.
Anda boleh terus menyaksikan Scha sebagai hos dan mentor rancangan Dewi Remaja 2018/2019 pada setiap Ahad pukul 10.30 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Must-Watch Video