Laman Utama

8 Tahun Menyepi, Eja Habiskan Masa Dengan Pengajian Al-Quran & Uruskan Anak

Shahrin Zulkifle
17/03/2023
07:48 MYT

Hampir lapan tahun tidak bergiat aktif dalam industri, aktres senior, Eja mendedahkan dirinya mengambil keputusan untuk mengundurkan diri dan berehat seketika daripada bidang lakonan.

Kata Eja atau nama sebenarnya, Siti Shahrizah Saifudddin tiada istilah merajuk, malah keputusan yang dibuat itu untuk memberi fokus kepada anak, pengajian Al-Quran dan perniagaan sambal miliknya.

“Tiada istilah merajuk kerana saya sendiri buat keputusan untuk mengundurkan diri dan berehat kerana mahu memberikan fokus kepada anak saya yang memasuki tingkatan satu.

“Saya tolak tawaran berlakon kerana fokus saya ketika ini memang kepada anak dan pengajian saya. Alhamdulillah minggu lepas saya baru sahaja grad dalam pengajian Al-Quran dan Tajwid selama enam tahun.

“Selama tujuh tahun dan masuk tahun kelapan tidak berlakon, saya menguruskan rumah tangga dan pengajian saya Quran serta perniagaan.

“Saya sibuk menguruskan perniagaan sambal yang kini sudah memasuki tahun kedua. Alhamdulillah, urusan perniagaan juga dipermudahkan,” katanya kepada Gempak.

Eja berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Suke TV yang berlangsung di ibu kota pada Khamis.

Ditanya adakah dirinya tidak merindui untuk muncul di kaca televisyen, aktres berusia 50 tahun itu berkata ketika ini jiwanya untuk kembali berlakon masih tiada.

Bagaimana pun, tidak menolak kemungkinan pada masa hadapan kerana dia hanya mampu merancang.

“Perasaan rindu itu belum ada lagi, belum timbul. Jadi jiwa dan roh itu belum lagi untuk kembali berlakon. Namun saya tidak berani mengatakan seratus peratus berhenti berlakon.

“Cuma buat masa sekarang ini saya boleh kata, saya berehat. Insyallah di masa akan datang saya tidak tahu. Saya sentiasa berdoa Allah permudahkan urusan perniagaan saya.

“Saya hanya mampu merancang, Allah sebaik-baik perancang. Andai suatu hari memang ditakdirkan saya kembali, saya berlapang dada,” tambahnya.

Eja bakal muncul dalam salah satu rancagan terbitan Suke TV berjudul Suke Celeb Raya di mana dia akan mempromosikan sambal miliknya.

Dalam pada itu, Suke TV turut memperkenalkan beberapa rancangan terbaharu sepanjang tahun 2023 termasuk Suke Tune, VC, I PC U, Pin Pin Siapa dan banyak lagi.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Sering Dipanggil ‘Aunty’, Sarah Suhairi Sedia Bergelar Ibu

gempak
26/07/2024
04:55 MYT
Menurut Sarah, dia sedia maklum status Aswad sebagai duda anak tiga namun itu tidak menjadi halangan untuk mereka berkenalan dan mendirikan rumah tangga.
Hiburan

Michael Ang Tak Ada Komen Isu Langgar Kontrak, Biar Peguam Selesaikan Isu

gempak
24/07/2024
08:55 MYT
Penerbit dan pengarah, Michael Ang menyatakan dia tidak mempunyai sebarang komen berkaitan tindakan saman yang bakal diambil terhadap dirinya.
Hiburan

"Alhamdulillah Adira Bagi Saya Peluang" - Datuk Red

gempak
23/07/2024
07:45 MYT
Susulan daripada pendedahan percintaaan yang dibuat melalui siaran langsung di aplikasi TikTok, Datuk Red tampil mengesahkan hubungannya bersama bekas isteri, Adira Suhaimi.
Viral

Jennifer Coppen Nafi Dali Wassink Kemalangan Akibat Mabuk, Bertengkar Sebelum Kejadian… Kongsi Pesanan Terakhir Suami

gempak
22/07/2024
15:55 MYT
Jennifer turut menafikan dakwaan yang dia dan Dali bertikam lidah sebelum kejadian tersebut.
Hiburan

Tak Mahu Ulas Tentang Isu Rumah Tangga, Mawar Rashid Mahu Fokus Besarkan Anak

gempak
21/07/2024
23:58 MYT
Pelakon Mawar Rashid, 29, tidak mahu membahaskan mengenai bekas suami, Raf Yaakob, 39, selepas berpisah pada November tahun lalu kerana bimbang timbul salah faham antara mereka berdua.