"80 Peratus Playlist Radio Dari TikTok" - Aepul Roza Bimbang ...

Amri Hassan
Julai 28, 2020 09:20 MYT
Vokalis Drama Band, Aepul Roza menyatakan kebimbangannya terhadap dominasi lagu TikTok dalam stesen radio tempatan.
Akui akan situasi tersebut turut mempengaruhi staf sesebuah stesen radio, tambah Aepul populariti lagu TikTok didorong oleh sambutan pendengar masa kini.
"TikTok sedang mengawal radio. 80 peratus daripada playlist (senarai putar lagu) daripada TikTok.
"Dan orang ramai akan mengabaikan perkara ini kerana apa yang mereka kisah hanyalah mereka nak bersuka-ria.
"Radio pun seperti dimiliki oleh TikTok. Malah kakitangan mereka pun," ciapnya menerusi Twitter pada Selasa.

TikTok is controlling the radio. 80% of the playlist. Is. From. Tiktok. And people will ignore this. Because, what do they care? They get to have fun.

— Aepul Roza (@AepulRoza) July 27, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Hal itu disokong oleh peminat dan beberapa rakan selebriti antaranya Neeta Manisha.
"Tapi sesetengah lagu penuh sedap cuma orang tahu lagu itu daripada TikTok atau seminit yang tular," kata Neeta.
Ada juga segelintir peminat yang kesal dengan situasi terbabit dan mempertikaikan populariti lagu TikTok dari negara seberang seperti Indonesia berbanding lagu-lagu tempatan.
"Kenapa tak ada lagu TikTok dari sini (artis Malaysia)? Sedangkan ada lagu TikTok dari Indonesia?" soal @najatborden.
"Macam selebriti Indonesia, sesetengah lagu baru yang mereka lancarkan mereka buat cabaran kat TikTok. Mana tak popular lagu itu," tambah @melortweet.
#Radio #TikTok #Aepul Roza