Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

80% Rakyat Amerika Syarikat Tak Mampu Makan Fast Food, Anggap Ia Makanan ‘Kayangan’

Maliah Surip
28/05/2024 13:55 MYT
Makanan segera atau fast food diciptakan sebagai menu alternatif yang cepat saji dan murah berbanding memasak sendiri.

Namun saat dunia berubah, ternyata makanan segera kini dianggap sebagai makanan ‘kayangan’ atau mewah sekaligus tidak lagi menjadi pilihan kerana harganya yang mahal.

Itulah hakikat yang diperoleh selepas LendingTree menjalankan kajian terhadap rakyat Amerika Syarikat, lapor newsnationnow.com.

Fast food makanan mewah

Laporan sama mendedahkan sekitar 80 peratus yang terlibat dalam kajian tersebut berasa fast food sebagai makanan mewah.

Fast food disifatkan makanan mewah kerana mereka kini berdepan masalah kewangan dan bergelut dengan kehidupan yang semakin mencabar.

“Sekitar 80 peratus golongan yang memiliki pendapatan sekitar RM150 ribu setahun dan mempunyai anak berasa makanan segera sebagai hidangan mewah,” ujar kenyataan yang dikeluarkan.


Malah menerusi kajian juga harga pelbagai jenama fast food juga naik mencanak sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Salah satu jenama yang mengalami kenaikan harga cukup tinggi adalah Mc Donald dengan kenaikan 100% sejak tahun 2014.

BERITA TRENDING: Inul Sakit Perut Lepas Makan Tepi Jalan, Mengaku Lama Tak Makan Menu Kampung

#Viral #Amerika Syarikat #Makanan #Mahal #Fast Food #Segera
;