Laman Utama

9 Hari Di Tanah Suci, Fasha Sandha Ada Sebab Tak Update Gambar & Video - “Memang Tak Ada Ruang Untuk…”

Asyikin Mayudin
30/01/2023
23:54 MYT
Selepas sembilan hari di Tanah Suci Makkah dan Madinah, pelakon Fasha Sandha dan suaminya aktor Aidil Aziz bersyukur selamat pulang ke Malaysia pada Sabtu.
Berkongsi pengalaman menunaikan umrah, Fasha mengakui dia tidak sempat untuk berkongsi gambar dan video ketika berada di sana disebabkan kekangan masa.
“Syukur Alhamdulillah. Kami dah selamat sampai. Ramai DM kenapa tak update gambar dan video. Maaf, sembilan hari yang sangat singkat di Madinah dan Makkah.
“Masa kami terlalu sibuk di Tanah Suci. Memang tak ada ruang untuk edit dan posting apa-apa. Tapi, Alhamdulillah diberi kesempatan untuk rakam momen di sana,” kongsinya.
Bagaimanapun, Fasha memaklumkan dia akan berkongsi semua momen yang sempat dirakam apabila ada masa terluang.
“Insya-Allah nanti free kami akan kongsi ya. Syukur Alhamdulillah kami telah selamat tiba di Malaysia dan syukur Alhamdulillah @itsaidilaziz,” ujarnya.
Terdahulu, penampilan Fasha yang mengenakan abaya berwarna putih dan memakai hijab sebelum berangkat menunaikan umrah mendapat pujian netizen.
Rata-rata yang meninggalkan komen juga menyatakan wajah Fasha kelihatan lebih berseri sewaktu memakai hijab dan berada di samping suami tercinta.
Difahamkan Aidil sudah lama menyimpan hasrat untuk membawa Fasha menunaikan umrah namun niat tersebut terhalang disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semasa fasa pandemik beberapa tahun lalu.
BACA: “Cantiknya, Berseri Muka Suka Tengok” - Fasha Sandha Tunai Umrah, Manis Bertudung Ramai Doakan Semoga Istiqomah
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Air Mata Elisya Mengalir Berkongsi Fasal Fasha Sandha - “Tak Ada Kata Dapat Digambarkan Tapi Saya Memang…”

gempak
08/06/2024
07:55 MYT
Pelakon Elisya Sandha tidak dapat menahan rasa sebak ketika berkongsi mengenai kakaknya yang juga aktres Fasha Sandha yang sentiasa berada bersamanya.
Hiburan

Jom Temui Meerqeen, Mimi Lana, Mierul Aiman, Shaheizy Sam, Emma Maembong & Ramai Lagi Di HELLO NU SENTRAL!

gempak
18/04/2024
04:02 MYT
Astro bakal membawakan artis-artis kesayangan korang ke NU Sentral Kuala Lumpur pada 27 April ini bermula pukul 3 petang.
Hiburan

“Tak Apa… Di Sini Kita Belajar, Siapa Ada Siapa Tiada Masa Kita Ditimpa Masalah” - Fasha Sandha

gempak
16/04/2024
07:55 MYT
Fasha terkilan ada segelintir orang sekelilingnya tidak tanya khabarnya.
Hiburan

Fasha Sandha Kecewa Netizen Anggap Covid-19 Hanya Demam Biasa - “Sebab Ramai Masih Fikir Macam Ini, Sebab Itu…”

gempak
13/04/2024
06:55 MYT
Covid masih virus yang bahaya.
Hiburan

Hati Fasha Sandha Hancur Plan Raya Di Perlis Tak Jadi Gara-Gara Dijangkiti Covid - “Kau Tahu Kau Tak Sihat, Tetap Keluar Beraya”

gempak
12/04/2024
06:32 MYT
Doakan Fasha cepat sembuh.