9 Individu Ditahan Di Kedai Urut, Dipercayai Atas Kesalahan...
Ketika semua rakyat Malaysia duduk rumah menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sembilan individu walaubagaimanapun telah ditahan berada di premis pusat urut di Taman Bukit Indah, Johor.
Menurut Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata sembilan individu itu ditahan dalam Op Covid-19 dan Op Noda pada jam 3.30 petang, semalam.
Mereka yang ditahan adalah pekerja termasuk seorang juruwang berusia antara 22 hingga 49 tahun.
“Mereka ditahan membabitkan tujuh wanita dan dua lelaki tempatan.
"Tujuh wanita itu terdiri dari empat warga tempatan, masing-masing satu dari Indonesia, Vietnam dan Thailand,” katanya.
“Antaranya adalah kunci premis, monitor, jadual pekerja, telefon bimbit, tuala, minyak urut dan wang tunai RM715," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.