HIBURAN

9 Tahun Berkhidmat, Giliran Suraya Borhan Pula Tinggalkan Suria FM - “Saya Bukan Berhenti Tapi…”

Asyikin Mayudin 02/08/2025 | 02:55 MYT
Sembilan tahun menjadi penyampai radio Suria FM, Suraya Borhan membuat pengumuman dia kini tidak lagi bersama stesen tersebut.

Kontrak tamat

Menerusi video yang dikongsikan di laman sosial, Suraya memberitahu dia bukanlah berhenti kerja namun kontraknya sudah tamat pada 12 Ogos.

“Tiga minggu lalu saya kehilangan ayah saya. Jadi hari ini (Jumaat), hari terakhir saya ke udara di Suria. Itulah pengumuman saya.

“Saya bukan berhenti tapi kontrak saya dah habis 12 Ogos. Jadi, hari ini saya diberitahu sebagai hari terakhir untuk saya ke udara di Suria,” kongsinya sebak.

ARTIKEL BERKAITAN: Fizz Fairuz Kongsi Video Tentang ‘Individu Yang Suka Melagakan Orang & Batu Api’, Netizen Syak Ada Sesuatu - “Kawan Sendiri Pula Tu…”

Menurut Suraya lagi, dia sudah mengetahui perkara itu sejak dua minggu lalu namun hanya boleh dikongsikan pada hari terakhir iaitu semalam.

“Saya simpan dah dua minggu dah. Sudah tentu benda ini saya tak boleh umum. Hari ini, adalah hari yang rasmi untuk saya beritahu,” ujarnya.

Masih perlu kerja

Pada perkongsian yang sama, Suraya turut menegaskan dia masih memerlukan pekerjaan memandangkan mempunyai komitmen dari segi kehidupan peribadi.

“Banyak persoalan yang orang tanya, jadi saya tak boleh jawab. Saya tidak berhenti, saya masih lagi memerlukan pekerjaan.

“Sudah tentu saya akan bekerja lagi di luar sana. Sebab kalau nampak saya tiba-tiba bekerja di tempat lain, saya akan bekerja di tempat lain la.

“Sebab kita ada komitmen yang perlu dilunaskan. Jadi, anak-anak pun masih kecil, jadi komitmen untuk bekerja itu masih lagi diperlukan.

“Cuma saya tidak lagi berada di Suria sebagai penyampai radio setelah sembilan tahun,” kata Suraya.

undefined
#Suraya Borhan #Suria FM