“Alhamdulillah Walaupun Satu Dah Gugur...”- Isteri Aliff Syukri

Syafiqah Jalal
Mei 10, 2019 05:50 MYT
Isteri kepada jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida mengesahkan seorang daripada anak kembar dalam kandungan telah keguguran.
Bagaimanapun, Shahida bersyukur kerana seorang daripada anaknya dapat diselamatkan kerana mempunyai denyutan jantung.
Malah pengusaha kosmetik itu juga mengakui reda dengan ketentuan Tuhan.
“Alhamdulillah walaupun satu dah gugur masih ada 1 lagi yang sangat-sangat sihat Dr kata.... dah ada denyut jantung pun...
“Terima kasih sahabat yang mendoakan.... doakan anak saya sihat dalam kandungan sehingga waktu melahirkan nanti...
“Saya reda je sebab saya percaya Allah bagi saya banyak nikmat.... anak saya ramai..... sedangkan banyak. lagi mereka-mereka yang ikhtiar nak hamil belum merasakan lagi...... sepatutnya saya bersyukur Allah limpahkan banyak rezeki untuk saya.... apalah sangat diduga dengan sedikit ujian.....,” tulisnya.
Shahida berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Rata-rata pengikutnya mendoakan agar segala urusan dipermudahkan dan berjalan lancar.
Shahida dan Aliff mendirikan rumah tangga pada Ogos 2007 telah dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, 10, Qadejah El Zahra, 8, dan Ibraheem Adham, 6 da Yusoff Al Qardawi, 1.
Pasangan ini juga mempunyai seorang anak angkat iaitu Ameena yang kini berusia dua tahun.
#Hamil #Keguguran #Kembar #Hamil #Aliff Syukri #Jutawan Kosmetik