Dedah Wajah Anak, Shima Anuar Pilih Nama Mikhael Imaan Untuk Baby Boy!

Zulaikha Yusof
Ogos 10, 2019 03:40 MYT
Pelakon Shima Anuar telah memperkenalkan nama anak lelakinya selepas bersalin pada 8 Ogos lalu.
Perkara itu dikongsikan oleh Shima atau nama sebenarnya Noor Hashimah menerusi entri di Instagram (IG) miliknya.
"Alhamdulillah another beautiful journey. Everything went well. We are so happy to have our baby boy yesterday.
"Thank you Allah, thank you suami, thank you Dr Seri and thank you everyone yang selalu mendoakan saya. Meet my new boyfriend, Mikhael Imaan Bin Mohd Solih," tulisnya.
Pengumuman nama anak Shima itu mendapat pelbagai reaksi dan pujian daripada peminat yang rata-ratanya suka dengan nama yang diberi.
BACA: Tahniah! Selamat Bersalin, Shima Anuar Timang Anak Kedua
Shima mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan, Mohd Solih Toha yang juga duda kepada dua orang cahaya mata pada 8 April 2017.
Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Marian Sophia.
#Shima Anuar #Mikhael Imaan