HIBURAN
"Ibu Bapa Saya Sebagai Penanda Aras" - Mira Filzah
Pelakon popular, Mira Filzah tidak mahu terlalu memikirkan tentang segala kritikan netizen yang melanda dirinya sejak kebelakangan ini.
Menurut Mira, dia tidak mampu mengawal tindakan netizen di media sosial, sebaliknya dia hanya dapat mengawal fikiran dan cara untuk berhadapan dengan perkara sebegitu.
"Memang sejak kebelakangan ini ada segelintir netizen yang mengkritik, terutamanya cara saya berpakaian.
"Saya tidak mampu mengawal tindakan mereka, penggunaan media sosial pun semakin meluas, apa yang saya boleh lakukan adalah mengawal fikiran dan cara saya berhadapan dengannya," ujarnya.

Mira berkata demikian ketika ditemui di malam gala filem terbaru lakonannya iaitu Sangkar bertempat di eCurve, Mutiara Damansara malam tadi.
Dalam pada itu, Mira menambah, dia sentiasa merujuk kepada ibu bapanya sebagai penanda aras dalam banyak perkara dalam kehidupannya.
"Saya selalu merujuk kepada ibu bapa saya sebagai penanda aras, jika mereka tak tegur atau tak bising tentang sesuatu perkara yang saya lakukan, maka saya rasa saya tidaklah melakukan sesuatu perkara buruk," tambahnya lagi.
Selain Mira, Sangkar turut dibintangi oleh Remy Ishak, Zul Ariffin, Nik Adam Mika, Ray Era dan ramai lagi.
Sangkar telah melakar sejarah dalam industri perfileman tanah air kerana diterbitkan oleh empat syarikat perfileman tempatan iaitu Infinitus Gold, Primeworks Studios, Astro Shaw dan MM2 Entertainment.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan filem yang menampilkan aksi sukan seni bela diri (MMA) ini, ia bakal menjengah pawagam di seluruh negara serta Singapura dan Brunei bermula 29 Ogos ini.
Must-Watch Video