Tengku Ismail Leon Petra Tengku Muhammad V Faris Petra, Nama Putera Sultan Muhammad V

Fiza Kamarudin
Jun 12, 2019 09:29 MYT
Isteri kepada bekas Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, beberapa hari lalu telah berkongsi berita gembira mengenai kelahiran putera sulung mereka di laman akaun Instagram (IG)nya.
Bekas ratu cantik Russia, Oksana Voevodina menerusi IG @rihanapetra memuat naik foto sepasang kaki comel bayi, sekaligus mengumumkan nama putera mereka sebagai Tengku Ismail Leon Petra Tengku Muhammad V Faris Petra.
Voevodina yang menggunakan nama Islam Rihana itu menerusi kapsyen memanjatkan rasa syukur dikurniakan bayi pada 21 Mei lepas.
Selain itu, Voevodina turut berkongsi momen indah bersama suami dan sehingga kini sudah memiliki 149 ribu pengikut di walaupun baru memuat naik sembilan keping foto.
Sebelum ini, portal berita berpusat di United Kingdom, Daily Mail melaporkan Voevodina telah memeluk agama Islam pada awal tahun lalu sebelum foto majlis resepsi perkahwinan dengan Sultan Muhammad V tular pada 22 November tahun lepas.
Bagaimanapun tiada kenyataan rasmi berhubung perkahwinan Sultan Muhammad V dikeluarkan oleh mana-mana pihak istana sehingga ke hari ini.
Voevodina atau Rihana pernah merangkul gelaran Miss Moscow pada tahun 2015 selain turut bekerja sebagai model peragaan di China dan Thailand.
#Anak #Sultan Muhammad V #Oksana Voevodina