gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Shiha Zikir Tak ‘Lapar’ Perhatian Tapi…
BERITA
ERA Lancar Kelas Perpaduan Untuk Rakyat Malaysia
HIBURAN
Aadhira: Siri Drama Pejuang Wanita Mangsa Penderaan
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Aadhira: Siri Drama Pejuang Wanita Mangsa Penderaan

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
14/07/2025
16:55 MYT
Sponsor Banner
Aadhira: Siri Drama Pejuang Wanita Mangsa Penderaan

Syarikat kandungan dan hiburan terkemuka Malaysia, Astro mendukung semangat memperjuangkan hak wanita melalui siri eksklusif Vinmeen terbaharu, Aadhira, yang bakal ditayangkan jam 9 malam 14 Julai ini, di Astro Vinmeen (saluran 202) di pelbagai platform termasuk television, Astro GO, On Demand, dan Sooka.

Dalam satu kenyataan media, siri ini merupakan adaptasi daripada drama Melayu popular Syurga Itu Bukan Mudah, dan diberi nafas baharu dengan sentuhan urban serta elegan.

Aadhira bertujuan menggalakkan wanita bersuara dan bertindak menentang segala bentuk penderaan, termasuk keganasan rumah tangga, di samping menonjolkan keupayaan wanita mendapatkan bantuan tanpa pengetahuan pihak lain.

Siri ini diarahkan oleh R. Azizan dan menandakan penampilan sulung pelakon Rubini Sambanthan sebagai watak utama, Aadhira, seorang wanita berani dan tabah yang memecahkan stereotaip, mengatasi cabaran, dan memperjuangkan kebebasan kewangan wanita.

Aadhira turut mengangkat kisah perjalanan seorang wanita berdikari yang hidupnya berubah gelap selepas berkahwin apabila terpaksa berdepan suami kasar, Dharma, dan sekumpulan lelaki toksik yang mengancam keselamatan diri dan anaknya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Eksekutif Women’s Aid Organisation (WAO), Nazreen Nizam, berkata siri ini wajar ditonton oleh khalayak ramai kerana ia membuka mata terhadap realiti yang sering tersembunyi, bahawa ramai wanita di luar sana sebenarnya berdepan penderaan rumah tangga tanpa disedari orang sekeliling.

“Di WAO, kami bertemu ramai wanita yang menghadapi isu-isu ini. Jadi ia adalah sesuatu yang berlaku dalam kehidupan realiti, dengan itu saya rasa ia satu inisiatif yang bagus untuk menghasilkan siri seperti ini.

“Isu ini penting untuk ia sampai kepada seramai mungkin orang di luar sana kerana bukan sahaja untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan wanita, tetapi juga ahli keluarga yang lain, kan? Sesiapa yang menontonnya, akan memahaminya.

“Kerana apabila melibatkan hal keluarga, ia merupakan sesuatu yang sangat peribadi. Tidak mudah untuk diceritakan kepada orang lain bahawa seseorang itu sedang dianiaya oleh suami sendiri.

“Jadi siri ini ingin menguar-uarkan yang mangsa tidak keseorangan kerana ada agensi di luar sana yang boleh membantu,” katanya ketika di temu bual di sidang media tayangan siri Aadhira di Astro Bukit Jalil, Khamis lalu.

Siri ini dihasilkan Elena Thomas daripada Keris Media Networks Sdn Bhd, dan menampilkan barisan pelakon termasyhur termasuk Theebaan G, Saarra Selva, Kavitha Sinhya, Kaarthick Jay, Angayar Kanni, Priscilla Nair, dan ramai lagi.

Saksikan Aadhira setiap Isnin hingga Khamis jam 9 malam di Astro Vinmeen (saluran 202).

Pakej Astro One kini tersedia daripada RM49.99* dan orang ramai juga boleh meningkatkan pengalaman penstriman dengan menambah Astro Fibre 500Mbps bersama dengan Pakej Hiburan hanya RM139.99*/bulan.

Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsApp di talian 03 9543 3838.

Sumber: Astro AWANI

Topic Berkaitan
#Drama
#Syurga Itu Bukan Mudah
#Aadhira
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement