Aaidaa Kantoi Meniru, Apa Pula Nasib Aizat? Bakal Jadi Kambing Hitam? Saksikan Episod Akhir Projek: Anchor SPM Isnin Ini!
Episod tujuh drama premium terbitan Astro Originals, Projek: Anchor SPM banyak meninggalkan 1,001 persoalan berhubung nasib yang bakal diterima calon SPM Sekolah Tengku Isa Anuar (STIA).Mungkin ramai yang tidak menyangka watak Aaidaa lakonan Daiyan Trisha akhirnya ‘kantoi’ apabila cuba menyeludup masuk tandas lelaki untuk menyorokkan jawapan.
Paling dramatik apabila kes berkenaan turut membabitkan ayah Aaidaa sendiri.
Jika mahu menyelamatkan Aaidaa, seseorang perlu menjadi ‘kambing hitam’.
Persoalannya, adakah Aizat kambing hitam tersebut? Adakah Aaidaa sanggup ‘menjual’ nama Aizat selepas Hilmi mendedahkan perkara sebenar ketika kejadian di hospital lalu?
Semuanya ini masih menjadi tanda tanya dan penonton dilihat tidak sabar menunggu tayangan episod akhir Projek: Anchor SPM.
“Jahat weh Hilmi bocor rahsia”
“Janganlah Aaidaa berubah hati petik nama Aizat, kesian kot dia dah la anak yatim piatu”
“Kesiannya Aizat, please Aaidaa jangan kejam macam Hilmi” tulis beberapa netizen.
Saksikan Projek: Anchor SPM episod akhir Isnin depan jam 9 malam di Astro Citra.
Sebagai alternatif dan jika terlepas menonton, anda juga boleh saksikan Projek: Anchor SPM platform Astro GO atau On Demand.
Sekadar info, Projek: Anchor SPM mengisahkan tentang sekumpulan pelajar tingkatan lima di Sekolah Tengku Isa Anuar (STIA) di Cameron Highlands, yang merupakan sebuah sekolah berasrama penuh berprestij.
Isu mula tercetus apabila Aizat lakonan Aedy Ashraf terdesak cuba mencari jalan mendapatkan keputusan 8A dalam peperiksaan percubaan SPM.
Aizat akhirnya berjaya bersekongkol dengan Aaidaa (Daiyan Trisha), dan menghasilkan sebuah pelan untuk membantu rakan- rakan seluruh tingkatan mereka cemerlang SPM melalui strategi meniru besar-besaran.
Drama ini turut dilakonkan oleh Nadhir Nasar (Hilmi), Chubb-E (Botol), Shasha Abedul (Jaja) serta nama-nama besar dalam industri seni tempatan seperti Adlin Aman Ramlie, Hasnul Rahmat Tony Eusoff dan Susan Lankester.