Aaisyah Lebih Suka Barang Kemas Berbanding Permainan Kanak-Kanak, Ini Komen Che Ta….

Azwa Rahman
Ogos 9, 2019 09:19 MYT
Pelakon Rozita Che Wan, 46, mengakui anaknya Aaisyah Dhia Rana, 5, lebih gemarkan barang kemas berbanding permainan kanak-kanak seusia dengannya.
Menurutnya Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta, anaknya lebih terikut meminati permainan (barang kemas) miliknya kerana sudah terbiasa melihat perhiasan wanita itu setiap hari.
“Sebab adik-beradik lain semua dah besar. Jadi dia seorang dekat rumah, tak banyak sangat permainan yang ada di rumah.
“Kanak-kanak ni dia suka apa yang dia tengok hari-hari. Sebab itulah Aaisyah boleh jadi suka pada berlian dan emas,” ujar Che Ta kepada Gempak.
Melihat kepada koleksi peribadi barang kemas Aaisyah, Che Ta berkata anaknya lebih gemar kepada aksesori anting-anting.
“Aiasyah paling suka subang dan gelang yang terdiri koleksi berlian dan emas. Gelang dia kalau boleh kena besaq!” komen Che Ta sambil berseloroh.
Menceritakan pengalaman keluar membeli-belah bersama anaknya, Aaisyah pernah mengalami situasi lucu apabila dia mahukan barang kemas yang dicubanya.
“Masa tu di Habib, dia kata nak tengok-tengok ja. Sekali bila dah try, dia menangis tak nak buka!
"Saya pun cubalah minta diskaun daripada Pengarah Urusan Kumpulan Habib, Datuk Sri Meer sebab dia nak sangat,” ujar Che Ta lagi.
Che Ta dan Aaisyah ditemui selepas membuat penampilan khas bersempena sambutan Hari Merdeka Habib bertempat di Suria KLCC pada Selasa.
Pada majlis itu juga, Habib meraikan bulan kemerdekaan Malaysia yang ke-62 tahun selama 30 hari memandangkan jenama barang kemas terkenal itu juga telah bertapak dan kukuh beroperasi selama 61 tahun.
#Anak Selebriti #Habib #Perhiasan