Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Aamir Khan Dedah Pernah Hampir Berada Di Jalanan - "Bapa Saya Pandai Buat Filem Tapi..."

Gempak
17/06/2021 08:05 MYT
Aktor popular Bollywood, Aamir Khan mendedahkan, bapanya, Tahir Hussain yang merupakan seorang produser filem pernah mengalami detik sukar.

Malah menurut bintang filem Maan itu, gara-gara berhadapan pelbagai cabaran dalam industri perfileman, bapanya nyaris bankrap dan mereka hampir kehilangan tempat tinggal ketika itu.

"Saya berasal dari keluarga yang menghasilkan filem, saya melihat sendiri ayah dan bapa saudara saya menghasilkan filem.

"Ayah saya merupakan seorang produser yang sangat cekal dan berusaha gigih, tapi dia kurang pandai soal perniagaan.

"Jadi, dia selalu berhadapan masalah, sesuatu filem yang dihasilkan siap dalam lapan tahun, ada juga dalam masa tiga tahun," katanya.

Aamir Khan menambah, bebanan hutang yang banyak merupakan punca bapanya mengalami krisis kewangan.

"Dia (ayahnya) dibebani banyak hutang, saya lihat sendiri dia lalui pelbagai krisis kewangan, dia hampir bankrap dan kami hampir berada di jalanan.

"Kami masih kecil ketika itu, saya ingat lagi, telefon asyik berdering dan orang selalu meminta hutang," katanya.

Foto: DNA India


#Filem #Bollywood #Aamir Khan