Laman Utama
Aamir Khan, Isteri Bercerai – “Dah Lama Kami Rancang Untuk Berpisah…”
Pelakon dan penerbit terkenal Bollywood, Aamir Khan mengesahkan dirinya dan isteri Kiran Rao sudah bercerai secara rasmi.
CNN edisi India melaporkan, Aamir dan Kiran sudah lama merancang untuk berpisah dan membawa haluan masing-masing.
“Sebenarnya kami berdua sudah lama merancang untuk berpisah dan hari ini adalah masa yang tepat untuk melakukannya (bercerai) secara rasmi.
Advertisement
“Sepanjang usia perkahwinan kami selama 15 tahun, saya dan isteri saling berkongsi pengalaman hidup, gembira dan ketawa bersama-sama.
“Kehidupan kami sangat indah. Hubungan yang kami bina juga adalah atas rasa percaya, cinta dan hormat,” katanya.
Aamir berkata selepas bercerai dia dan Kiran akan memulakan episod baharu dalam hidup dan membawa haluan masing-masing.
Dalam pada itu, Aamir berkata dia dan isteri tidak akan lupa akan tanggungjawab terhadap anak mereka, Azad Rao yang kini berusia 11 tahun.
“Kami tetap menjadi ibu bapa yang setia kepada anak lelaki kami, Azad. Kami akan menjaga dan membesarkannya bersama-sama,” ujar Aamir.
Selain itu, pelakon filem Mann itu juga berkata mereka akan terus bekerjasama dalam pembikinan filem, kerja amal Yayasan Paani dan projek-projek lain jika turut melibatkan bekas isterinya.
Amir dan Kiran bertemu buat pertama kali sewaktu penggambaran filem Lagaan. Pada masa tersebut, Kiran bertugas sebagai penolong pengarah.
Pasangan itu berkahwin pada 28 Disember 2005 dan mendapat cahaya mata pertama, Azad Rao Khan pada 2011.
Sumber: CNN
Must-Watch Video