Hiburan
Aamir Khan Tak Minat Lebarkan Sayap Ke Hollywood
Pelakon Aamir Khan mengakui tidak mempunyai sebarang minat dan perancangan untuk lebarkan sayapnya ke Hollywood.
Menurut laporan Daily Mail, Aamir Khan dikatakan masih ingin memberi fokus sepenuhnya kepada industri perfileman India sahaja dan bersedia melakukan projek di peringkat antarabangsa sekiranya ianya menarik.
"Saya sebenarnya tidak mempunyai perancangan untuk melebarkan sayap di Hollywood dan bekerja di sana.
"Ini kerana tujuan saya bergelar pengarah dan pelakon adalah untuk membangunkan industri perfileman India sahaja.
"Namun bukan saya katakan tidak mahu kembangkan bakat di layar antarabangsa namun ia cuma tidak termasuk dalam perancangan kerjaya saya untuk menerbitkan filem di peringkat antarabangsa.
"Sebenarnya tiada halangan tempat untuk seseorang itu berkarya dan menghasilkan sesuatu yang kretif, ia bergantung kepada kualiti hasil yang dikeluarkan," katanya.
Tambah Aamir Khan, dia bukan seseorang yang bersikap memilih, namun dia sebagai pelakon yang berpengalaman mempunyai perancangannya sendiri untuk terus berkarya.
Olahan Oleh: Rozaimi Zubaidi