Aaron Aziz Bantu Mereka Yang Ingin Berniaga Menerusi Perusahaan Minyak Wanginya
Izwan Isa
22/10/2021 07:50 MYT
22/10/2021 07:50 MYT
Sejak penularan wabak COVID-19 dua tahun lalu, banyak individu yang terkesan. Baik individu biasa mahupun bintang ternama, impak wabak berjangkit itu turut meninggalkan kesan yang sangat dahsyat terhadap semua peringkat usia tidak kira latar belakang.
Hal yang sama turut dirasai oleh pelakon kelahiran Singapura, Datuk Aaron Aziz. Melihat pada situasi berkenaan, Aaron yang telah lama menceburi bidang perniagaan tergerak hati ingin membantu mereka yang mahu meraih sampingan menerusi penjualan minyak wangi jenamanya sendiri, The Oud by Aaron Aziz.
“Melalui jenama ini, saya mahu mereka yang mungkin ada keinginan untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan tetapi tidak mempunyai modal yang banyak boleh menggunakan peluang yang kami sediakan.
“Kita tahu bagaimana tempoh sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tempoh hari, kebanyakkan daripada kita tidak boleh bekerja. Saya sendiri melalui perkara yang sama, mujur pada waktu itu The Oud by Aaron Aziz sudah berada dalam pasaran dan kami menggunakan peluang membuat jualan secara atas talian,” katanya.
Dalam pada itu, Aaron memberitahu yang produk harumannya itu boleh didapati secara terus menerusi penjualan di rangkaian pusat beli-belah popular.

“Kami juga turut memasarkan produk ini di lapan rangkaian pasaraya Aeon antaranya Maluri, Bukit Tinggi dan sudah mengenal pasti lima lagi rangkaian pasaraya yang sama akan dalam memasarkan produk ini untuk negeri di Selatan dan Pantai Timur,” kongsi Aaron yang membangunkan wangiannya dengan Nori Malaysia.
Ditanya adakah dia takut terhadap saingan produk wangian lain di pasaran, Aaron berkata, apa yang penting adalah dia sentiasa komited dalam menghasilkan produk yang berkualiti.
“Selalunya, wangian ini kita boleh dapat di Tanah Suci Mekah. Sebagai antara mereka yang terpilih untuk ke sana beberapa kali, saya memang jatuh cinta dengan wangian ini ketika mencubanya buat pertama kali. Namun, wangian seperti itu sukar didapati di pasaran tempatan. Sebab itu saya bangunkan The Oud by Aaron Aziz.
“Wangian ini bukan dipasarkan untuk saya semata-mata, malah untuk mereka yang mungkin menyukai bauan sama. Sungguhpun harga produk ini jauh lebih murah, namun saya tidak pernah memandang enteng soal kualiti. Sebab saya yakin hanya dengan produk berkualiti sahaja kita akan mendapat kepercayaan pembeli,” jelasnya.
Menjawab persoalan sama ada The Oud by Aaron Aziz juga menjadi titik permulaan buat “penghijrahan” dirinya sejak beberapa tahun lalu, Aaron memberitahu, dia sentiasa bersyukur dengan perjalanan hidupnya sehingga ke hari ini. Terus berusaha menjadi yang terbaik, pastinya setiap proses dalam kehidupannya juga mempunyai matlamat.
“Sebagai manusia, setiap keputusan dalam hidup kita bukan sekadar untuk diri sendiri, sebaliknya perlu membawa kita ke arah kebaikan dan dalam masa sama bagaimana ia mampu memberi manfaat kepada orang lain.
“Minyak wangi ini bukan sekadar perniagaan, tetapi dalam masa yang sama adalah amanah untuk saya,” katanya.
Sementara itu, menjawab pula soalan mengenai ramai dalam kalangan rakan artis yang melakukan penghijrahan, Aaron melihat ini sebagai satu bentuk 'trend positif'.
“Semua orang mempunyai peluang untuk berubah dan mendekatkan diri kepada agama. Jadi, mengapa kita perlu mempersoalkan niat baik seseorang. Seharusnya hal ini perlu dilihat sebagai sesuatu yang positif.
“Pastinya berada dalam bidang seni, pelakon mahupun penyanyi akan sentiasa menjadi contoh. Kalau perkara ini mampu mewujudkan lebih banyak kesedaran, saya anggap ia adalah sesuatu yang baik,” katanya.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!