HIBURAN
Aaron Aziz Bengang Ditipu Agensi Hampir RM90,000, Tekanan Darah Naik Mendadak – “Sampai Di Hospital…”
Aktor popular, Datuk Aaron Aziz meluahkan rasa bengang apabila mendapat tahu dia ditipu oleh sebuah agensi pengurusan umrah sehingga mengalami kerugian hampir RM90,000.
Ditipu agensi umrah
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Aaron mendakwa dia tidak menerima sebarang bayaran hasil kerjasama dengan pihak tersebut.
Aaron turut kesal apabila kejadian tersebut berlaku selepas insiden isterinya, Datin Diyana Halik mengalami kerugian wang syarikat akibat dicuri pekerja sendiri.
“Selepas kes isteri saya, saya pula kena. Gaji tak dapat, komisen pun tak dapat.
“Malah saya bagi pinjam hampir RM90,000 pun tak dibayar,” tulisnya.
Bacaan tekanan darah naik
Lebih mengejutkan, pelakon filem KL Gangster itu turut berkongsi dia terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mengalami bacaan tekanan darah yang tinggi.
"Sekali lagi syarikat haji umrah buat hal. Kata orang tua, buat baik pun kena berpada-pada.
"Sampai di hospital, tekanan darah 179," kongsinya.
Aaron turut berkongsi video yang memaparkan bacaan tekanan darahnya di sebuah hospital.
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata peminat mendoakan agar kesihatan Aaron kembali pulih dan berharap kes tersebut dapat diselesaikan segera.