Aaron Aziz Mohon Netizen Henti Kecam ‘Kak Long Kosmetik’ - “Kesian Anak Dia Pergi Sekolah Malu Diejek..”
Azwa Rahman
08/03/2022 23:32 MYT
08/03/2022 23:32 MYT
Aktor hebat Datuk Aaron Aziz memohon orang ramai agar berhenti berkongsi cerita dan mencemuh ‘Kak Long Kosmetik’ yang tular sekitar minggu lalu.
Menurut Aaron atau nama sebenarnya, Aaron Mustapha Aziz, 46, kisah mengenai wanita yang tular bersama anaknya itu tidak perlu diperbesarkan kerana tuan empunya diri sudah pun membuat permohonan maaf.
“Saya minta jasa baik netizen semua untuk henti ulang siar tentang Kak Long 7E. Dia pun dah minta maaf dan pasti menyesal.
“Kesian anak dia nanti nak pergi sekolah malu diejek apa semua,” katanya menerusi satu hantaran di dalam Instagram miliknya.
Tambah Aaron lagi, dia berharap agar orang ramai mendoakan yang baik-baik buat wanita asal Terengganu tersebut.
“Kita doakan yang baik-baik sahajalah ya. Cerita dah habis jadi biarlah keluarga itu hidup dengan aman.
“Saya percaya dia sudah mendapat ikhtibar daripada apa yang berlaku. Jazakallahu Khairan.
“Tiada manusia yang sempurna. Semua orang ada sikap buruk. Maafkanlah. Itu lagi mulia daripada nak condemn condemn lagi,” jelasnya.
Minggu lalu, tular video membabitkan wanita tersebut bersama anaknya bersikap kurang ajar terhadap kakitangan di sebuah kedai serbaneka.
Tidak lama selepas itu, muncul pula sebuah video menunjukkan wanita yang sama memaki sebuah restoran makanan segera.