"Aaron Aziz Selalu Cakap Saya Boleh Pergi Jauh Sebagai Action Star" - Hairul Azreen

Kamaruddin Razal
September 14, 2020 01:25 MYT
Pelakon Hairul Azreen berterima kasih kepada aktor Datuk Aaron Aziz kerana yakin dengan bakatnya dalam bidang seni.
Berkongsi foto lama ketika mereka menjalani penggambaran filem Operasi X The Movie di laman Instagram miliknya, Hairul mengimbas kata-kata Aaron yang menjadi penguat semangat.
"Inilah caption yang selalu buat saya terus berjuang untuk berjaya sebagai pelakon.
"Thank you Datuk Aaron Aziz, dia seorang abang, kawan yang selalu cakap Hairul boleh pergi jauh sebagai action star, buat elok-elok, jaga disiplin, keep humble.
"Saya tak lupa bang. Insya-Allah. Abang saya nak bagi tau saya dah dapat berlakon filem action yang saya nak PASKAL, Wira dan Polis Evo 2, mulut abang masin, harap abang tengok hehe.
"By the way, thanks again sebab pernah yakin dan percaya dengan si kerdil ini untuk kejar impian, love you Malek," tulis Hairul.
Di ruangan komen, Aaron menyatakan dia bangga dengan pencapaian yang ditunjukkan oleh Hairul.
"Alhamdulillah Tabarakallah @hairulazreen. Terima kasih atas kata-kata yang baik. Abang bangga tengok di mana anda berada sekarang. Abang doakan Hairul dan Hanis bahagia hingga ke Jannah, Amin," tulis Aaron.
Sebelum ini, menerusi foto lama terbabit, Aaron memuji kesungguhan yang ditonjolkan oleh Hairul ketika mereka sama-sama menjalani penggambaran filem Operasi X The Movie.
"Senang dapat bekerja dengan @hairulazreen. Gembira melihat perubahannya dari seorang budak kepada deasa dan menjadi suami serta bapa.
"Penerbit di luar sana harus melihat bakat Hairul sebagai bintang aksi. Dia akan pergi jauh satu hari nanti, Insya-Allah. Jangan putus asa abang nasihatkan ya bro?" tulis Aaron.
#Hairul Azreen #Aaron Aziz #Action Star