Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
HIBURAN

Aazief Khalid Umum Sudah Bertunang - “Our Last Date As…”

Asyraf Roslan 28/04/2025 | 16:25 MYT
Anak bongsu kepada Datuk Khalid Mohd Jiwa dan bekas isteri, Datin Seri Tengku Zawyah Tengku Izham iaitu Aazief Khalid telah selamat mengikat tali pertunangan dengan wanita pilihan hatinya dalam sebuah majlis tertutup pada Ahad.
Berita gembira tersebut dikongsikan sendiri oleh Aazief menerusi satu hantaran di Instagram storiesnya pada Isnin.
Menerusi hantaran itu, Aazief berkongsi momen majlis pertunangan sebelum bergelar tunang kepada wanita pilihannya yang dikenali sebagai Izza.
Dalam perkongsian berkenaan, Aazief tampil segak mengenakan busana baju melayu lengkap berwarna kuning cair.
Pada masa sama, anak tiri kepada Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza itu juga berkongsi gambar mereka menghadiri majlis perkahwinan rakan baik mereka.
“Our last date as boyfriend and girlfriend,” tulisnya.
#Datuk K #Aazief Khalid #Izza