Berita
“Abah Lah Orang Kuat Yang Mendengar Segala Masalah Saya...”- Bapa Aliff Syukri Meninggal Dunia
Bapa kepada usahawan Datuk Seri Aliff Syukri meninggal dunia malam tadi.
Berita itu disahkan sendiri oleh setiausahanya menerusi akaun Instagram (IG) milik Aliff.
Soalat jenazah akan berlangsung di Masjid Makmuniah Sg.Nipah,Sg Besar,Selangor pada jam 10.00 pagi ini.
Menerusi kemaskini terbaharu Aliff lewat malam tadi, pengasas kosmetik itu akui bagai tidak percaya dia atas pemergian bapanya itu.
Aliff juga bersedih kerana banyak pengorbananan yang dilakukan bapanya dahulu sehinggi kini tidak terbalas.
“Allah sahaja tahu perasaan saya ketika ini.. saya seakaan tak .. Tak percaya abah tak ada lagi...
“Selama 11 tahun lepas saya niaga pasar dia datang teman setiap minggu.....abah lah org kuat saya yang mendengar segala masalah saya selama ini...bila saya buat dherbs dia selalu tolong saya selama hampir 4tahun...
“Abah jangan tinggalkan kri (syukri) .. abahlahh tempat kri mengadu susah senang.... ....kri tak sempat nak balas budi abah.......tangan abah yang berjasa mencari rezeki besarkan saya...dengan kerja kilang,pengawal keselamatan sebab kri sampai hari ni... kasih sayang abah.....sokongan abah kri tak terbalas..,” tulisnya.
Aliff berkongsi luahan rasanya itu di akaun IGnya.
Sementara itu, Aliff turut mengalu-alukan orang ramai untuk bersama-sama ke majlis urusan jenazah bapanya pagi ini.
Terdahulu, Aliff menerusi IGnya telah melawat bapanya di hospital yang sedang bertarung nyawa kerana menghidap serangan jantung tahap ketiga dan paru-paru berair.
Must-Watch Video