Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Berita

“Abah Lah Orang Kuat Yang Mendengar Segala Masalah Saya...”- Bapa Aliff Syukri Meninggal Dunia

Syafiqah Jalal 27/02/2019 | 00:50 MYT
Bapa kepada usahawan Datuk Seri Aliff Syukri meninggal dunia malam tadi.
Berita itu disahkan sendiri oleh setiausahanya menerusi akaun Instagram (IG) milik Aliff.
Soalat jenazah akan berlangsung di Masjid Makmuniah Sg.Nipah,Sg Besar,Selangor pada jam 10.00 pagi ini.
Menerusi kemaskini terbaharu Aliff lewat malam tadi, pengasas kosmetik itu akui bagai tidak percaya dia atas pemergian bapanya itu.
Aliff juga bersedih kerana banyak pengorbananan yang dilakukan bapanya dahulu sehinggi kini tidak terbalas.
“Allah sahaja tahu perasaan saya ketika ini.. saya seakaan tak .. Tak percaya abah tak ada lagi...
“Selama 11 tahun lepas saya niaga pasar dia datang teman setiap minggu.....abah lah org kuat saya yang mendengar segala masalah saya selama ini...bila saya buat dherbs dia selalu tolong saya selama hampir 4tahun...
“Abah jangan tinggalkan kri (syukri) .. abahlahh tempat kri mengadu susah senang.... ....kri tak sempat nak balas budi abah.......tangan abah yang berjasa mencari rezeki besarkan saya...dengan kerja kilang,pengawal keselamatan sebab kri sampai hari ni... kasih sayang abah.....sokongan abah kri tak terbalas..,” tulisnya.
Aliff berkongsi luahan rasanya itu di akaun IGnya.
Sementara itu, Aliff turut mengalu-alukan orang ramai untuk bersama-sama ke majlis urusan jenazah bapanya pagi ini.
Terdahulu, Aliff menerusi IGnya telah melawat bapanya di hospital yang sedang bertarung nyawa kerana menghidap serangan jantung tahap ketiga dan paru-paru berair.

saya memgalu2 org ramai di jemput hadir... esok..majlis yg amat bermakna.. . . allah shaja tahu perasaan sy ketika ini.. sy seakaan tak .. Tak percaya abah x ada lagi...11tahun lps sy niaga pasar dia dtg teman tiap minggu.....abah lah org kuat sy yg mendengar segala masalah sy selama ini...bila saya buat dherbs dia selalu tolong saya selama hampir 4tahun...abah2 jgn tinggalkan kri2.. abahlahh tempat kri mengadu susah senang.... ....kri x sempat nak balas budi abah.......tangan abah yg berjasa mencari rezeki besarkan saya...dgn kerja kilang,pengawal keselamatan sbb kri sampai hari ni... kasih sayang abah.....sokongan abah kri tak terbalas..... . . . Saya nak jemput kepada semua sahabat2 di ig....kiranya sudi datang utk sama2 solat jenazah esok di di Masjid Makmuniah Sg.Nipah,Sg Besar,Selangor esok jam 10.00 pagi sy akan disana.....mudahan kehadiran anda dapat bersama2 solat dan mendoakan buat arwah abah saya...tenang... dan plz kongsikan kpd mereka yg berhampiran di sana..sy terpaksa buat disana demi menghormati keluarga abah sy (mak dan abah saya bercerai)

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

doakan abah saya selamat.. abah kena kuat saya tak puas berbakti pda abah??syukri byk dosa dgn abah.. . . . Ya Allah....abah saya dtg ke rumah kelmarin cakap sesak nafas dah hampir 2minggu di kampung... .. x telefon x apa terus dia dtg.....lepas hantar ke hospital Dr cakap abah saya kena serangan jantung stage 3 dan Paru2 penuh air....doakan segala nya dipermudahkan dan abah saya kembali sihat dah 2minggu sakit katanya tapi dia kata ingat biasa2 je.....dia kalau boleh mmg x nak susahkab anak tapi kadang2 sikap dia tu membahayakan nyawa? dia senyap sahaja di kampung dan bila saya tngok pelik saya bawa terus gi cekup di hospital..dan trus masuk icu?? sy dah cuba buat yg terbaik..... kalau tak cepat mungkin akan jadi sebaliknya....doa yg terbaik...

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

#Meninggal Dunia #Aliff Syukri #Kosmetik
;