,
Laman Utama

“Abah Macam Tidur Je, Penat Ya…”- Bapa Azza Elite Meninggal Dunia

Syafiqah Jalal
01/08/2022
04:25 MYT
Bapa kepada pelakon dan penyanyi Azza Elite, Zawari Abdul Aziz, 71, disahkan meninggal dunia pada pagi tadi.
Berita duka itu dikongsikan oleh Azza atau nama penuhnya Noor Azzarima Zawari di akaun Instagram miliknya.
Menatap wajah bapanya kali terakhir, Azza memberitahu abahnya kelihatan seperti sedang tidur lena.
Tambah Azza lagi dia telah hilang satu doa dari insan yang dia sayangi.

“Abah macam tidur je, penat ya…Bersih wajah Abah. Abah rehat tau…Abah dalam jagaan Allah sentiasa . Di dunia dan akhirat Allah ada untuk abah.

“Tutup rapat betul mata abah… Noor hilang satu doa yang berkat dalam dunia. Abah tolong doa dari syurga untuk Noor okay,” tulisnya.
Azza berkongsi perkara berkenaan di InstaStory miliknya pagi tadi.
Dalam kemas kini terbaharu di InstaStory itu dia memuat naik wajahnya yang sugul bertelekung.
Pun begitu, Azza tidak memaklumkan sakit atau punca pemergian bapanya itu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Pemain Gitar Utama Spider, Napie Meninggal Dunia

gempak
22/11/2024
00:08 MYT
Pemain gitar utama Spider, Hanafi Hamdan atau Napie meninggal dunia selepas lebih empat bulan diserang angin ahmar.
Hiburan

Isteri Pelakon Harun Hashim Meninggal Dunia

gempak
21/11/2024
05:50 MYT
Selepas hampir seminggu ditidurkan, isteri kepada aktor veteran Harun Hashim iaitu Sakinah Ganjali, 48, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Al-Sultan Abdullah, UiTM Puncak Alam jam 9.45 pagi Khamis.
Hiburan

“Dengan Rasa Amat Sedih, Dimaklumkan Bahawa Bonda Tersayang…” - Ibu Nora Ariffin Meninggal Dunia

gempak
19/11/2024
11:24 MYT
Ibu kepada penyanyi, Datuk Nora Ariffin Datin Hajjah Wan Azizah Wan Ismail telah kembali ke rahmatullah hari ini.
Viral

Penari Balet Terkenal Dunia Maut Jatuh Bangunan 5 Tingkat

gempak
18/11/2024
01:34 MYT
Industri tarian balet kehilangan seorang penari terbaik dunia, Vladimir Shklyarov selepas dia diumumkan meninggal dunia pada 16 November 2024.
Hiburan

Liza Abdullah Anggap Allahyarham S Atan Ibarat Keluarga Sendiri - “Arwahlah Yang Kenalkan Saya Dengan Bekas Suami”

gempak
17/11/2024
08:25 MYT
Pelakon dan penyanyi, Liza Abdullah, 60, gagal menahan rasa sedih dengan pemergian komposer terkenal tanah air, Allahyarham Datuk S Atan yang meninggal dunia pada Sabtu
Unitar