"Abah Rotan Sebab Nak Cess Faham Erti ..." - Ini Cara Aliff Syukri Didik Anak Perempuan Yang Buka Tudung

Amri Hassan
April 25, 2019 05:26 MYT
Lain orang lain cara. Tetapi bagi usahawan kosmetik tersohor, Datuk Seri Aliff Syukri, dia punyai cara didikan tersendiri buat anak-anaknya.
Kata Aliff, tindakannya merotan anak perempuannya, Qadejah El Zahra, 9, kerana membuka tudung di hadapan lelaki ajnabi adalah bersebab.
BACA: Wajibkan Anak Perempuan Bertudung, Netizen Puji Tindakan Aliff Syukri
"Anak perempuan saya kena jaga yang terbaik.
"Maafkan abah Cess. Abah teramat sayang Cess tapi ni semua untuk masa depan Cess.
"Hari ni abah rotan Cess sebab abah nak ces faham erti maruah seorang perempuan. Qadejah ni ada satu habit kadang-kadang dia buka tudung je depan lelaki yang tak kenal...
"Mungkin dia tak faham sebab dia kecil lagi tapi dari kecil ni saya kena didik la supaya dia tahu batas-batas... Tutup aurat.
"Saya nak anak perempuan saya jadi yang terbaik, pandai agama dan tahu jaga kehormatan diri...
"Harap-harap dia dapat pengajaran dan belajar dari kesilapan," tulisnya bersama sepotong video sedang merawat bahagian belakang anak perempuannya yang kesakitan.
Dalam video berkenaan, Qadejah menangis teresak-esak dipercayai akibat dirotan bapanya namun Aliff tanpa putus asa memujuk anak perempuannya sambil menyapu ubat.
Tindakan tegas namun menyentuh hati itu mendapat pujian daripada netizen biarpun ada yang turut bersimpati dengan keadaan Qadejah.
#Viral #Anak #Tudung #Viral #Datuk Seri Aliff Syukri