Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

“Abah Tak Pernah Offer, Last-Last…” - Achey Menangis Dalam Kereta Buat Ramai Sebak

Mya Amri 02/02/2020 | 16:15 MYT
Pelawak Achey tidak dapat menahan air mata apabila bapa kesayangannya, Hamzah Salam, 83, menyanyikan lagu berjudul Madah Pujangga.
Achey berkongsi momen tersebut menerusi video pendek di akaun Instagramnya.
Video yang dirakamkan di dalam kereta itu jelas menunjukkan Achey tiba-tiba sebak sebaik sahaja bapanya menyampaikan lagu kegemarannya itu.
Menurut Achey, pada mulanya dia ingin mendedikasikan sebuah lagu buat bapanya namun perkara sebaliknya yang berlaku.
“Abah power hari ni giliran saya jaga abah. Terima kasih adik-beradik saya yang lain sama-sama jaga abah sebelum ini.
“Niat acah-acah nak nyanyikan untu abah, sebab orang lain oder kita nyanyi je. Abah tak pernah oder tapi kita offer.
“Last-last dia yang nyanyikan untuk kita, sebak kejap aku. Yes, tak perlu sedap mana, pengertian lebih bermakna. Oleh kerana abah suka lagu ni saya akan buat sesuatu dengannya... #madahpujangga,” tulisnya.

Abah power... hari ni turn saya jaga abah... tq adik beradik saya yang lain sama2 jaga abah sebelum ni..niat acah2 nak nyanyikan untuk abah... sbb orang lain order kita nyanyi je... abah tak pernah order... tapi kita offer... last2 dia yang nyanyikan untuk kita... sebak kejap aku... yess tak perlu sedap mana... pengertian lebih bermakna... oleh kerana abah suka lagu ni... saya akan buat sesuatu dengannya... #madahpujangga

A post shared by achey Bocey 013-6408967 (mngr) (@acheykintangkintung) on

Video itu ternyata mengundang rasa sebak pengikutnya dan rata-rata mereka mengakui menangis ketika menonton video berkenaan.
Tidak kurang juga menyatakan rasa rindu terhadap arwah bapa mereka yang telah tiada selain mendoakan kesihatan bapa kepada bintang Maharaja Lawak Mega 2019 itu.
“Dada aku sakit tahan sebak… Argh rindu abah di kampung....” komen @ummieda
“Selepas menonton ini, saya sangat rindukan arwah bapa saya… Sampaikan salam saya pada keluarga,” tulis @walter_ceasar_allie
“Aku sebak… Lima tahun aku kehilangan insan yang bergelar abah… Allahuakhbar aku rindu arwah abah aku…” coret @syahirasapie
#Pelawak #Achey
;