Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

"Abah, Tenang Lah Di Sana" - Iesya Toh Kenang Pemergian Arwah Ayah

Asraf Aided
07/05/2019 09:51 MYT
Pengacara Iesya Toh mengenang pemergian bapanya yang meninggal dunia ketika menunaikan ibadah umrah Februari lalu.

Perkara itu dimuat naik menerusi akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.

Menurut Iesya, bapanya sangat teruja untuk menunaikan umrah dan berkali-kali mengucapkan terima kasih kepadanya.

"Abah, tenang lah di sana, sesungguhnya kenangan bersama Abah sepanjang 35 tahun indah-indah belaka.

"Abah terlalu teruja untuk menunaikan umrah, berkali-kali Abah ucap kan terima kasih atas hadiah ini.

"Berkali-kali juga Abah kata ke sana nak serahkan diri bulat-bulat pada Allah," tulisnya sebagai kapsyen.

Dalam pada itu, Iesya memohon orang ramai untuk memaklumkan kepadanya jika bapanya ada berhutang dengan sesiapa.

"On behalf of Abah, sekali lagi mohon ampun salah silap Abah, halalkan makan minum Abah, jika ada hutang Abah, boleh maklumkan kepada saya," tambahnya.

Abah, tenang laa disana.. sesguhnya kenangan bersama Abah sepanjang 35 tahun indah2 belaka.. ???? Abah buka mata kami, bahawa amalan kite hanya perlu ‘diberitahu’ pada Allah, bukan sesama manusia..krn kita hambaNya.. Dan jgn dikejar pahala.. buat ikhlas krn Allah? Abah terlalu teruja utk menunaikan umrah.. berkali2 Abah ucap kan terima kasih atas hadiah ini..?? Berkali2 juga Abah kata ‘Abah ke sana nak serahkan diri bulat2 pada Allah’ ?? itulahhh ayat Abah.. Sbg ‘anak dara’ the one n only, Sya mmg rapat manja bgado pun dgn Abah.. pmergiaan Abah sgt terkesan.. smpai bile2?? On behalf of Abah, sekali lagi mohon Ampun salah silap Abah, halalkan makan Minum Abah, & jika ada Hutang Abah, boleh maklumkan kpd Sya ❤️?? Al-Fatihah, Sanny Toh Bin Abdullah Tq so much @mirulsyazwan ❤️?

A post shared by Iesya Toh (@iesya_toh) on


Bapa Iesya, Sanny Toh Abdullah, 65 menghembuskan nafas terakhir di Madinah ketika menjalani ibadah umrah di sana.
#Iesya Toh
;